Preview NFP: Data Terpenting Buat Fed & 3 Potensi Pergerakan USD

Preview NFP: Data Terpenting Buat Fed & 3 Potensi Pergerakan USD

Laporan Non-farm Payrolls (NFP) pada hari Jumaat menjadi kunci utama bagi membentuk keputusan Fed pada mesyuarat dasar kewangan 25 dan 26 September na

Laporan Non-farm Payrolls (NFP) pada hari Jumaat menjadi kunci utama bagi membentuk keputusan Fed pada mesyuarat dasar kewangan 25 dan 26 September nanti.

Price-in pasaran terhadap potensi rate hike September telah mencapai 96.3 peratus, namun yang menjadi persoalan apakah peningkatan kadar faedah kali ini akan cenderung ke arah dovish hike atau sebaliknya.

Sekiranya kadar pendapatan perjam meningkat 0.3% atau lebih, bank pusat dijangka akan lebih optimis, membuka peluang kepada peningkatan kadar faedah pada bulan Disember hadapan.

Jika perkara ini berlaku, pengukuhan dollar bukan sahaja dapat menolak USD/JPY naik ke paras 112.00, malah dijangka mampu menekan EUR/USD untuk turun lebih rendah daripada paras $1.1600.

Tetapi, sekiranya sektor pekerjaan kukuh seperti yang dijangkakan namun pertumbuhan pendapatan bergerak lebih perlahan dan kadar pengangguran juga gagal memaparkan angka yang lebih baik, EUR/USD berpotensi naik ke arah $1.1700

Lebih buruk lagi jika angka NFP lebih rendah daripada 150,000, kadar pendapatan hanya naik 0.2% atau kurang, sell-off besar-besaran greenback akan lebih signifikan dan mampu membawa EUR/USD naik melebihi paras 1.1710

Walaupun data pesanan Jerman lemah, namun penyusutan berterusan hasil bon Itali berjaya memberi sokongan yang kuat kepada pengukuhan euro.

Melihat kepada analisis NFP, sebahagian besar ahli ekonomi cenderung mengatakan data pekerjaan kali ini akan lebih kukuh, didorong oleh laporan yang lemah pada bulan Julai lalu.

Tambahan pula, Fed memerlukan angka yang lebih baik untuk mereka kekal dengan pendirian untuk menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur di masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: