Menjelang keputusan dasar RBA pada jam 12.30 tengahhari, aussie (AUD) masih didagang di dalam zon terendah tahunan berbanding greenback. Aussie ter
Menjelang keputusan dasar RBA pada jam 12.30 tengahhari, aussie (AUD) masih didagang di dalam zon terendah tahunan berbanding greenback.
Aussie tertekan dengan laporan ekonomi yang lemah daripada China dan Australia pada hari Isnin yang lalu.
PMI Caixin China bagi bulan Jun jatuh daripada 51.1 kepada 51.0 berikutan jualan eksport jatuh untuk tiga bulan berturut-turut. Manakala indeks Prestasi Pembuatan AIG Australia bagi bulan Jun pula susut daripada 57.5 kepada 57.4.
Sehingga jam 9.00 pagi, AUD/USD didagang pada harga 0.7336, susut 0.04%.
Pada mesyuarat dasar kewangan Australia hari ini, pasaran menjangkakan RBA akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% serta bersama-sama RBNZ mengeluarkan kenyataaan yang dovish.
Jangkaan pendirian dovish RBA dapat dilihat menerusi tekanan pertumbuhan pendapatan yang semakin lemah, memungkinkan kadar faedah kekal rendah untuk tempoh yang lebih lama.
AUD/USD masih berada di dalam zon bearish dan secara teknikal pada chart H4, harga 0.7310 (S1) menjadi support terhampir, diikuti 0.7280 (S2) dan ‘dovish’ RBA mampu menekan harga jatuh ke paras 0.7250 (S3)
Namun begitu, sekiranya bank pusat membuat kejutan ‘hawkish’ dalam kenyataan mereka pada hari ini, garisan 0.7350 (R1) menjadi halangan terawal, kemudian di paras 0.7380 (R2) dan 0.7430 (R3)
COMMENTS