Preview RBA: Ulasan Dari Lima Bank Pelaburan Terkemuka

Preview RBA: Ulasan Dari Lima Bank Pelaburan Terkemuka

Rizab Bank Australia pada 1 September hari Selasa, jam 12.30 tengah hari akan mengumumkan kadar faedah dan keputusan dasar monetari mereka yang terki

Rizab Bank Australia pada 1 September hari Selasa, jam 12.30 tengah hari akan mengumumkan kadar faedah dan keputusan dasar monetari mereka yang terkini.

Jangkaan pasaran adalah RBA akan mengekalkan pendirian mereka dan berikut adalah ulasan dari lima bank utama menjelang pertemuan tersebut.

1) Standard Chartered (SC)

SC menjangkakan kadar faedah akan kekal di paras 0.25%. Bank pusat telah memperkenalkan ransangan dasar menerusi pemotongan kadar faedah, QE, kawalan lengkungan hasil (YCC) dan fasiliti pinjaman pada mesyuarat pertengahan Mac yang lalu.

Mereka juga yakin bahawa halangan untuk pemotongan kadar faedah dan perubahan YCC adalah tinggi kerana “kejayaan mengawal YCC akan membolehkan RBA kekal tanpa perubahan untuk jangka masa terdekat”.

2) ING

“Kami menjangkakan mesyuarat RBA kali ini selari dengan jangkaan”. Bank pusat dilihat berada pada posisi yang baik dari sudut ransangan monetari yang telah diperkenalkan untuk membantu usaha fiskal mengatasi kejutan dari krisis wabak.

3) Westpac

“RBA dijangka mengekalkan polisi pada mesyuarat bulan September”. RBA telah memberikan sokongan kepada ekonomi melalui pelbagai dasar rangsangan dan akan terus melakukannya pada rentang waktu yang terdekat.

Hasil ekonomi yang masih lemah dengan pertumbuhan jauh di bawah trend, pengangguran yang tinggi, dan inflasi di bawah sasaran 2-3% bank pusat menunjukkan keperluan RBA untuk kekal dengan polisi semasa bagi jangka masa yang lebih lama.

4) TD Securities

“Mesyuarat RBA akan berlalu tanpa sebarang kejutan besar”. Bank pusat dijangka menegaskan bahawa ketidaktentuan masih tinggi terutamanya dengan perkembangan Covid-19 di Victoria.

RBA walau bagaimanapun menyebutkan kelembapan ekonomi yang berlaku tidaklah seburuk jangkaan awal dan pemulihan masih sedang berjalan di sebahagian besar kawasan.

5) Citibank

“Jangkaan cash rate: 0.25%. Kami melihat kenyataan akan mengetengahkan isu ketidaktentuan dan risiko kebawah, terutamanya kesan dari sekatan di Melbourne.

Citibank juga menjangkakan bahawa RBA akan meningkatkan pembelian bon buat pertama kali sejak Mei.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: