‘Profit Taking’ Punca Kejatuhan Harga Emas

‘Profit Taking’ Punca Kejatuhan Harga Emas

Ekonomi AS hanya menghasilkan 148 ribu pekerjaan baru pada bulan Disember, lebih rendah daripada jangkaan pasaran yang melihat peningkatan sehingga 19

Ekonomi AS hanya menghasilkan 148 ribu pekerjaan baru pada bulan Disember, lebih rendah daripada jangkaan pasaran yang melihat peningkatan sehingga 190 ribu pekerjaan. Bacaan ini telah melemahkan USD untuk sementara waktu, namun berjaya diselamatkan oleh laporan pertumbuhan pendapantan yang meningkat lebih cepat pada bulan Disember.

Kelemahan dolar yang didorong oleh laporan NFP yang mengecewakan telah menyebabkan harga emas naik ke paras tertinggi tiga bulan setengah yang lalu.

Namun pada akhir sesi dagangan hari Jumaat yang lepas, kebanyakkan pelabur telah menutup posisi mengambil keuntungan daripada hasil peningkatan harga berikutan sentimen dollar dilihat telah kembali pulih dan keluar daripada paras terendah harian.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Februari di Comex, NYMEX hari Isnin masih meneruskan penyusutan sebanyak -0.38% atau $4.90 kepada $1,317.40 setakat jam 4.35 petang.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, harga logam emas telah naik hampir 0.99% pada minggu lalu, mengekalkan peningkatan empat minggu berturut-turut. Emas sensitif dengan perubahan dolar, nilai greenback yang tinggi mengurangkan permintaan emas oleh pemilik matawang asing yang lain berikutan harga yang tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: