Profit Taking, Tema Utama Dagangan FX Di Awal Bulan Januari

Profit Taking, Tema Utama Dagangan FX Di Awal Bulan Januari

Berlatar belakangkan ketegangan geopolitik dan data-data yang mengecewakan, kesemua matawang utama didagang lebih rendah pada pembukaan bulan Januari

Berlatar belakangkan ketegangan geopolitik dan data-data yang mengecewakan, kesemua matawang utama didagang lebih rendah pada pembukaan bulan Januari minggu lalu.

Berdasarkan laporan yang terkini, aktiviti pembuatan AS mengucup pada kadar terpantas melebih sedekad yang lalu, minit FOMC pula mengesahkan bahawa kadar faedah akan kekal rendah untuk tempoh yang lebih lama manakala pengangguran di Jerman meningkat melebihi jangkaan.

Namun begitu, yang lebih membimbangkan pasaran adalah konflik antara AS dan Iran yang kian menghangat selepas Presiden Trump mengesahkan bahawa serangan udara yang dilakukan ke atas Iraq dan Syria telah mengakibatkan kematian komendar utama ketenteraan Iran.

Senario di atas dijangka akan terus menekan pasaran global disamping meningkatkan permintaan matawang safe haven seperti dollar dan yen.

Sebahagian penganalsis pula melihat ‘profit taking’ yang berlaku ke atas matawang-matawang utama adalah disebabkan sentimen pasaran dalam keadaan ‘overbought’

Selain risiko geopolitik, menjelang laporan NFP, fokus utama pasaran pada minggu ini juga tertumpu kepada barisan data-data ekonomi bermula perkembangan aktiviti perkhidmatan di China, benua Eropah, UK dan AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: