Prospek Kemelesetan Dijangka Memaksa AS Mengubah Pendekatan Terhadap Isu Perdagangan

Prospek Kemelesetan Dijangka Memaksa AS Mengubah Pendekatan Terhadap Isu Perdagangan

Prospek kemelesetan berkemungkinan akan memaksa AS untuk lebih bertoleransi terhadap syarat perjanjian yang dikenakan ke atas China. Pihak pentabd

Prospek kemelesetan berkemungkinan akan memaksa AS untuk lebih bertoleransi terhadap syarat perjanjian yang dikenakan ke atas China.

Pihak pentabdiran AS dijangka akan menggunakan pendekatan yang lebih lembut berikutan China dilihat tidak akan bersetuju dengan seluruh syarat yang ditetapkan oleh Presiden Trump.

Walaupun pertumbuhan ekonomi China bergerak perlahan, namun tarif lebih menekan para pengguna Amerika Syarikat berbanding China.

Ketua penganalisis PAG Hong Kong, Shan Weijian berkata, “Dengan kebimbangan bahawa ekonomi berada diambang kemelesetan, Trump perlu meneliti semula pendekatan beliau yang telah memburukkan lagi keadaan ekonomi, mengancam sistem perdagangan antarabangsa serta gagal menurunkan defisit dagangan yang dibencinya”.

Perunding daripada AS dan China dijadualkan bertemu kembali pada hari Khamis di Washington selepas perbincangan yang lalu tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Jika tiada perjanjian dicapai, ekonomi global yang kian perlahan akan berhadapan dengan halangan yang lebih besar berikutan AS akan menaikkan tarif mereka ke atas China pada 15 Oktober, dan ke atas EU tiga hari selepas itu.

Jelas Weijian, “China berkemungkinan bersedia untuk menerima sebahagian daripada syarat seperti membuka pasaran mereka kepada syarikat-syarikat AS, namun tidaklah sehingga memenuhi segala yang dituntut oleh kerajaan AS”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: