Prospek Permintaan Meningkat, Harga Minyak Kekalkan Trend Menaik

Prospek Permintaan Meningkat, Harga Minyak Kekalkan Trend Menaik

Harga minyak mengekalkan trend menaik pada sesi Asia hari Rabu, disokong oleh optimis pasaran terhadap permintaan tenaga yang akan meningkat dengan p

Harga minyak mengekalkan trend menaik pada sesi Asia hari Rabu, disokong oleh optimis pasaran terhadap permintaan tenaga yang akan meningkat dengan pemulihan ekonomi global.

Sehingga jam 1 petang, kontrak WTI didagang sekitar $66.24 setong, naik 2.7% atau $1.75, manakala minyak Brent yang menjadi rujukan harga minyak antarabangsa naik 2.77% atau $1.87 kepada $69.40 setong.

Sejumlah data ekonomi menyimpulkan fakta bahawa permintaan domestik di AS telah meningkat berikutan pembukaan semula kegiatan ekonomi di seluruh negeri.

Laporan Institut Petroleum Amerika (API) semalam menunjukkan penurunan simpanan minyak sebanyak 7.7 juta tong di minggu yang berakhir pada 30 April lalu, sekali gus mengisyaratkan pengukuhan prospek permintaan.

Selain AS, Zon Eropah dan UK juga sedang menyaksikan perubahan dalam aktiviti ekonomi mereka yang disokong oleh perbelanjaan dan dasar-dasar kerajaan.

Sementara itu, OPEC dan anggotanya juga menjangkakan peningkatan penggunaan pada separuh kedua tahun ini yang mana unjuran itu turut disokong oleh rancangan Suruhanjaya EU untuk membenarkan pelancong yang telah diberi vaksin sepenuhnya melakukan perjalanan di blok Eropah.

Di samping faktor fundamental, dinamik pergerakan dolar AS turut mempengaruhi naik dan turun harga minyak mentah global.

Penyusutan indeks USD yang kini didagang sekitar 91.30 mata menunjukkan kecenderungan pelabur untuk mencari aset-aset yang berisiko seperti saham bagi menggantikan safe haven dolar.

Walau bagaimanapun, peningkatan harga minyak WTI dijangka terhad sekitar $68 berikutan peningkatan kes jangkitan Covid di Asia Pasifik, terutamanya di Jepun dan India yang mana merupakan negera pengguna tenaga ketiga terbesar di dunia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: