Prospek ‘Rate Hike’ BoE Tahun Ini Semakin Pudar, GBP/USD Di Paras Terendah 2021

Prospek ‘Rate Hike’ BoE Tahun Ini Semakin Pudar, GBP/USD Di Paras Terendah 2021

Pound sterling stabil namun kekal berhampiran paras terendah 2021 berbanding dolar AS berikutan keraguan semakin meningkat sama ada bank pusat Englan

Pound sterling stabil namun kekal berhampiran paras terendah 2021 berbanding dolar AS berikutan keraguan semakin meningkat sama ada bank pusat England (BoE) akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasar bulan ini atau mengekalkannya.

Pada bulan November, BoE berkata bahawa mereka mungkin perlu menaikkan kadar daripada paras terendah sepanjang masa (0.1%) pada bulan-bulan mendatang.

Bagaimanapun, penggubal dasar kini dilihat semakin berbelah bahagi mengenai prospek tersebut susulan kemunculan varian koronavirus baharu, Omicron.

Selain itu, pound turut ditekan oleh kedudukan hasil bon jangka pendek dua tahun yang berada berhampiran paras terendah sebulan lalu.

Manakala, dolar AS pula disokong oleh komen hawkish daripada keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell semalam.

Powell berkata pembelian aset mungkin akan dikurangkan lebih cepat bagi melawan kenaikan inflasi, mendorong pasaran meningkatkan jangkaan bahawa kadar faedah Fed akan dinaikkan menjelang Jun hadapan.

“Jika tiada yang lain, keterangan ulangan Powell menunjukkan bahawa beliau sedikit berpuas hati dengan bentuk tafsiran pasaran dengan apa yang beliau jelaskan sebelum ini,” kata ketua strategi FX National Australia Bank, Ray Attrill dalam notanya.

“Sebenarnya kita hanya mempunyai kurang daripada seminggu daripada jangka masa dua hingga tiga minggu untuk mendengar pelbagai pandangan ahli epidemiologi, bukan penganalisis pasaran, sebelum membuat sebarang keputusan dengan mempertimbangkan keseriusan varian baharu dan keberkesanan vaksin sedia ada,” tegas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: