PROTON Eksport Kit CKD Saga Pertama Ke Kenya

PROTON Eksport Kit CKD Saga Pertama Ke Kenya

Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memasuki pasaran Kenya dengan kumpulan kereta pertama, yang terdiri daripada 30 unit Proton Saga. Kereta-kereta

Proton Holdings Bhd (PROTON) telah memasuki pasaran Kenya dengan kumpulan kereta pertama, yang terdiri daripada 30 unit Proton Saga.

Kereta-kereta tersebut dihantar sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dipasang oleh Simba Corp, sebuah konglomerat dengan pengalaman penjualan dan pemasangan dalam industri automotif.

Selain dari mengukuhkan kedudukan domestik, untuk Proton benar-benar diakui sebagai pembuat kereta antarabangsa, “Kami juga perlu melihat produk kami di tempat yang berbeza seperti Bangkok, Islamabad, Kaherah dan sekarang, Nairobi,” kata timbalan ketua eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dalam satu kenyataan sempena majlis pelepasan Proton Saga ke Kenya hari ini.

Di peringkat nasional, usaha ini juga akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri automotif Kenya, jelas beliau.

Tetamu kehormat yang menghadiri majlis pelepasan tersebut adalah Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N Muhoro.

Dalam ucapannya, Muhoro menjelaskan bagaimana Dasar Pandang ke Timur yang dipegang oleh Kenya, sambil menambahkan hasrat beliau agar lebih banyak syarikat Malaysia seperti PROTON, mencari peluang pelaburan di Kenya.

“Malaysia dan Kenya mempunyai banyak persamaan, bermula sebagai tanah jajahan sehingga usaha kita dalam membangunkan negara”, ujar Muhoro.

Beliau juga menyatakan PROTON bukan sahaja dapat meneroka negara yang berpopulasi 51 juta orang, namun turut berpotensi menjadi yang pertama menembusi benua Arika yang mempunyai populasi sehingga 1.3 bilion orang.

“Oleh itu, saya berharap ini akan menjadi permulaan perdagangan yang lebih besar antara kedua-dua negara kita,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: