Pullback USD, Patahkan Pendakian Tujuh Hari Berturut-turut GBP/USD

Pullback USD, Patahkan Pendakian Tujuh Hari Berturut-turut GBP/USD

GBP/USD mematahkan pendakian tujuh hari berturut-turut, menurun 0.26% kepada 1.2848 setakat jam 2 petang hari Selasa. Keluarnya dolar AS daripada

GBP/USD mematahkan pendakian tujuh hari berturut-turut, menurun 0.26% kepada 1.2848 setakat jam 2 petang hari Selasa.

Keluarnya dolar AS daripada paras terendah dua tahun lalu dilihat menjadi faktor utama kepada penyusutan di atas dengan katalis risiko terus menjadi perhatian dan penunjuk kepada pergerakan matawang yang seterusnya.

USD mengukuh selepas dewan Senat AS (GOP) mengesahkan rancangan untuk menambah pakej bantuan Covid-19 bernilai AS$1 trilion dan akan memulakan perbincangan bersama parti Demokrat.

Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell berkata, “Pakej bantuan akan merangkumi pembayaran langsung $ 1,200 kepada rakyat Amerika, serta insentif bagi pembuatan peralatan pelindung diri di Amerika Syarikat, bukan di China.”

Mengikuti perkembangan isu Brexit, sumber Reuters melaporkan bahawa Ketua Perunding EU, Michael Barnier menyuarakan keyakinan beliau terhadap kemungkinan kesepakatan baru dapat dibentuk bersama UK selepas pertemuan tertutup dengan utusan anggota-anggota negara blok Eropah pada Jumaat lalu.

Namun begitu, perbezaan antara Perancis dan anggota negara yang lain terhadap isu perikanan mengisyaratkan halangan yang besar kepada kesepakatan tersebut.

Selain itu, kebimbangan terhadap potensi ‘no-deal’ Brexit turut meningkat apabila akhbar Financial Times melaporkan Penasihat kanan PM UK, Dominic Cummings sedang mengetuai desakan kepada pendekatan undang-undang yang lebih ringan dari pihak Brussel yang mana menyanggahi pendekatan Ketua Perunding EU iaitu tiada hubungan ekonomi tanpa ‘jaminan yang kukuh’.

Secara keseluruhan, kekurangan data-data utama ekonomi dari UK pada hari ini telah mengalihkan perhatian para pelabur kepada data di AS bagi mencari dorongan yang baru sementara sentimen risiko dilihat akan menjadi pemandu utama kepada dinamik pergerakan USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: