Pusingan ‘U’ EUR/USD Ke Paras Tertinggi Mingguan Berdepan Risiko Untuk Jatuh

Pusingan ‘U’ EUR/USD Ke Paras Tertinggi Mingguan Berdepan Risiko Untuk Jatuh

Pergerakan matawang dilihat terhad menjelang mesyuarat G20 pada hari ini. Pasaran tidak dapat meletakkan sebarang jangkaan terhadap rundingan antar

Pergerakan matawang dilihat terhad menjelang mesyuarat G20 pada hari ini.

Pasaran tidak dapat meletakkan sebarang jangkaan terhadap rundingan antara Presiden Trump dan Presiden Xi pada hari ini.

Berdasarkan beberapa laporan yang lalu, pentadbiran AS dijangka akan meneruskan penambahan tarif import ke atas barangan China.

Trump pada hari Khamis mengatakan bahawa AS dalam perancangan untuk melakukan sesuatu ke atas perdagangan bersama China, namun belum pasti dapat dilaksanakan atau sebaliknya.

Kenyataan tersebut belum boleh melegakan pasaran terutamanya apabila Trump membatalkan pertemuan dengan Putin.

Akan tetapi masih terdapat jangkaan yang melihat AS akan menangguhkan penambahan tarif dan meneruskan rundingan. Jika hal ini benar-benar berlaku, aliran matawang dan ekuiti akan meningkat.

Euro satu-satunya matawang yang membuat pusingan ‘u’ yang besar, melonjak 50 pips berbanding dollar.

Kebimbangan terhadap laporan yang mengatakan AS akan menaikkan tarif ke atas produk automotif Eropah sebelum krismas telah melemahkan euro sehingga mengabaikan data pekerjaan Jerman dan keyakinan zon Eropah yang positif.

Namun pada pembukaan sesi pasaran Amerika yang lalu, Suruhanjaya Eropah menafikan laporan tersebut, sekali gus menyebabkan EUR/USD keluar daripada paras terendah 1.1349, melonjak ke paras 1.1400

Walaupun gagal meneruskan peningkatan melepasi harga 1.14, pada jam 9.10 pagi, EUR/USD kekal berada di zon tertinggi mingguan, didagang pada harga 1.1389

Angka CPI Zon Eropah bagi bulan November pada hari ini berlatar belakangkan kelemahan data Jerman.

Walaupun berisiko untuk jatuh, namun sentimen negatif dollar yang dipandu oleh dovish bank pusat Fed dan momentum semasa pasaran yang perlahan menyebabkan impak ke atas pergerakan euro dijangka terhad.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: