ukraine-russia-grain

Putin Jangkakan Hasil Tuaian Bijiran Negara Cecah Rekod 150 Juta Tan Pada 2022

Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini berkata negaranya menjangkakan penuaian bijirin tertinggi pada 2022 berikutan sekatan barat telah menghalang eksport mereka.

“Anggaran awal (untuk 2022) sudah mencapai 150 juta tan, termasuk sekitar 100 juta tan gandum dengan 138.7 juta tan bijiran telah dituai. Angka ini akan menjadi rekod dalam sejarah Rusia,” kata Putin dalam mesyuarat mengenai pertanian.

Rusia selama beberapa minggu menuduh negara-negara Barat telah menghalang eksport produk pertaniannya, menegaskan keadaan itu akan menimbulkan risiko untuk keselamatan makanan global.

“Penghantaran bijirin dan baja kami ke luar negara malangnya masih… sukar,” kata Putin.

“Sekatan terhadap Rusia berisiko untuk menjadikan keadaan semakin merosot sehingga membawa kepada krisis makanan global,” tambahnya.

Putin telah berulang kali mengkritik perjanjian yang dicapai pada bulan Julai di Istanbul, yang mana telah menarik balik sekatan ke atas eksport bijirin dari Ukraine.

Sebelum ini, Ukraine sebagai salah satu pengkesport bijiran terbesar dunia terpaksa menghentikan hampir semua penghantarannya selepas Rusia menyerang wilayah tersebut.

Putin menegaskan bahawa bijirin dari Ukraine itu ditujukan terutamanya ke negara-negara Eropah, bukannya negara yang lebih miskin.

“(Penghantaran) Bijian dari Ukraine terus mengenepikan negera-negara termiskin,” kata Putin.

“Sehingga 23 September, daripada 203 kapal yang meninggalkan pelabuhan Ukraine, hanya empat pergi ke negara termiskin di bawah program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” jelasnya.

Ukraine dan negara-negara Eropah bagaimanapun telah menyangkal dakwaan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *