Qatar Airways Terima Suntikan Dana $7.3 Bilion Riyal Dari Pemerintah Setelah Kerugian Melebar

Qatar Airways Terima Suntikan Dana $7.3 Bilion Riyal Dari Pemerintah Setelah Kerugian Melebar

Qatar Airways menerima bantuan bernilai $7.3 bilion riyal (RM8.1 bilion) dari pemerintah setelah kerugian 7 bilion riyal pada tahun ini hingga 31 Mac

Qatar Airways menerima bantuan bernilai $7.3 bilion riyal (RM8.1 bilion) dari pemerintah setelah kerugian 7 bilion riyal pada tahun ini hingga 31 Mac, jelas syarikat penerbangan tersebut pada hari Ahad.

Syarikat penerbangan itu telah menekankan dalam perancangan bulan Mac yang lalu bahawa mereka akan memohon bantuan dari negara berikutan krisis koronavirus telah membenam industri pelancongan global, namun tidak pernah mendedahkan jumlah yang diterima.

Memetik penyata kewangan tahunan Qatar Airways, kerajaan Qatar telah memberikan bantuan tersebut selepas bulan Mac, bulan di mana kerugian tahunan mereka melebihi 50% daripada modal saham dan suntikan dana baru ini kemudian akan ditukarkan kepada saham baru.

Qatar Airways menyebutkan bahawa tahun ini merupakan tahun yang paling sukar dengan kerugiannya bertambah daripada kerugian 4.5 bilion riyal pada tahun sebelumnya.

Hal ini kerana syarikat penerbangan ini telah dilarang memasuki kawasan udara Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir sejak pertengahan tahun 2017 yang lalu berikuan konflik politik, memaksa mereka menggunakan laluan penerbangan yang lebih jauh.

Sementara itu, Air Italy di mana Qatar Airways mempunyai pegangan saham yang kecil terhadap syarikat tersebut, telah dibuarkan pada bulan Februari.

Secara keseluruhannya, impak sebenar wabak ke atas Qatar Airways masih tidak jelas kerana sekatan pergerakan global masih berterusan selepas tahun kewangan mereka tamat pada bulan Mac yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: