kuna-euro

Rakyat Croatia Digesa Menyimpan Wang Di Bank Sebelum Peralihan Kepada Euro

Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic menggesa rakyatnya untuk meletakkan wang tunai yang mereka simpan di rumah ke dalam bank bagi memudahkan pertukaran daripada mata wang kuna kepada euro, yang dijangkakan berlaku dalam tempoh setahun.

“Kami menggesa orang ramai yang mempunyai wang tunai di rumah untuk meletakkannya sekarang di bank kerana simpanan dalam kuna akan ditukar secara automatik kepada euro,” katanya.

Plenkovic berkata harga akan dipaparkan dalam kedua-dua kunas dan euro mulai September menjelang pengenalan mata wang tunggal itu, yang diharapkan akan dilaksanakan pada Januari 2023.

Croatia menyertai Kesatuan Eropah pada Julai 2013, tetapi seperti ahli baharu lain dari Eropah timur, negara balkan itu juga telah mengambil sedikit masa untuk memenuhi syarat ekonomi dalam menerima pakai mata wang tunggal Eropah.

Kerajaan mahu peralihan itu “mudah dan tanpa kos untuk rakyat,” kata Plenkovic semasa membentangkan rang undang-undang mengenai penggunaan euro.

Oleh kerana kurangnya kepercayaan terhadap institusi dan bank, kebanyakan rakyat Croatia menyimpan simpanan mereka secara tunai di rumah.

Tambahan pula, mereka juga bimbang bahawa pengenalan euro akan membawa kepada kenaikan harga, khususnya perniagaan akan membundarkan harga apabila mereka menukar kepada euro.

Kerajaan Crotia telah berulang kali menekankan faedah memperkenalkan euro, khususnya ia akan mengurangkan kos pinjaman dan meningkatkan pelaburan asing ke dalam negara, serta menghapuskan risiko mata wang dengan rakan dagangan utamanya.

Menteri Kewangan Zdravko Maric menyebutnya sebagai “salah satu isu terpenting” dan beliau menggesa “semua orang untuk memastikan bahawa tidak berlakunya kenaikan harga yang tidak wajar.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *