Ramalan Ekonomi Suram, BOE DiJangka Akan Turunkan Faedah Lagi

Ramalan Ekonomi Suram, BOE DiJangka Akan Turunkan Faedah Lagi

Bank Utama England, Bank of England (BOE) dijangka akan menurunkan faedah acuan hingga menghampiri sifar peratus seiring kebimbangan masih menyelubung

Bank Utama England, Bank of England (BOE) dijangka akan menurunkan faedah acuan hingga menghampiri sifar peratus seiring kebimbangan masih menyelubungi ekonomi England sebagai impak dari keputusan England meninggalkan zon Euro.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Bloomberg terhadap beberapa pakar ekonomi, menunjukkan, data ekonomi England sejak kebelakangan ini menunjukkan pengukuhan, tidak mengubah pandangan para pakar ekonomi bahawa akan ada kelembapan pertumbuhan ekonomi di tahun hadapan. Mereka berpandangan pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan sebanyak 0.7 peratus daripada 1.7 peratus pada tahun ini. Pencapaian ini merupakan yang terburuk sejak 2009, ketika ekonomi England mengalami kemelesetan.

BOE,telah mengurangkan faedah sebanyak 0.25 peratus pada Ogos lalu, dan membuka peluang pengurangan lebih banyak sebelum akhir tahun. Faedah dilihat telah diturunkan menghampiri sifar peratus. Pada waktu ini perbahasan oleh sebilangan pakar ekonomi yang dilihat mengatakan pemotongan faedah akan berlaku dalam bila-bila sahaja, sama ada pada bulan November, atau December .
horrifying_hairdressers_640_02

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: