Rancangan Perbelanjaan Biden Tidak Akan Menyebabkan Inflasi – Yellen

Rancangan Perbelanjaan Biden Tidak Akan Menyebabkan Inflasi – Yellen

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen pada hari Ahad meredakan kebimbangan bahawa rancangan Presiden Joe Biden untuk infrastruktur, pekerjaan dan

Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen pada hari Ahad meredakan kebimbangan bahawa rancangan Presiden Joe Biden untuk infrastruktur, pekerjaan dan keluarga akan menyebabkan inflasi, dengan menyebutkan perbelanjaan tersebut akan dilakukan secara bertahap dalam satu dekad.

“Penyebarannya akan berlaku dengan sekata selama lapan hingga 10 tahun,” kata Yellen, bekas ketua Federal Reserve, dalam wawancara dengan “Meet the Press” NBC semalam.

Beliau juga mengatakan bahawa Federal Reserve akan terus memantau inflasi dengan teliti dan mempunyai alat untuk mengatasinya jika diperlukan.

“Saya tidak yakin bahawa inflasi akan menjadi masalah, namun jika berlaku, kita mempunyai alat untuk mengatasinya. Ini adalah pelaburan bersejarah yang kita perlukan untuk menjadikan ekonomi produktif dan adil.”, jelas Yellen.

Rancangan perbelenjaan Biden itu akan dibayar oleh rangkaian kenaikan cukai yang akan dikenakan ke atas orang-orang terkaya di Amerika, iaitu kurang dari 1% populasi penduduk, termasuk menerusi peningkatan cukai korporat.

Sebahagian ahli Demokrat menyuarakan kebimbangan bahawa peningkatan tersebut akan memperlambatkan pertumbuhan ekonomi.

Namun Yellen enggan mengulas sama ada Biden akan menerima rang undang-undang (RUU) daripada kongres yang tidak memasukkan kaedah pembayaran bagi menampung kenaikan perbelanjaan dalam rancangannya atau sebaliknya.

“Biden telah menjelaskan bahawa beliau yakin setiap kenaikan tetap dalam perbelanjaan harus dibayar dan saya setuju dengan hal itu,” ujar Yellen.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: