Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 05/11-09/11/2018

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 05/11-09/11/2018

Divergence di D1 + Oversold di D1 petanda DXY nak terjun minggu depan? DXY ditutup sedikit kukuh minggu lepas. Harga seolah-olah masuk semula ke da

Divergence di D1 + Oversold di D1 petanda DXY nak terjun minggu depan?

DXY ditutup sedikit kukuh minggu lepas. Harga seolah-olah masuk semula ke dalam Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah. CSP Rabu dan Khamis lepas membentuk Bearish Engulfing di D1. Indikator Stochastics di D1 sudah keluar daripada posisi Overbought dan mengarah kepada jualan dalam dagangan. Di W1 juga ada terdapat pembentukan Divergence jika dilihat dengan indikator AO. SBR  terdekat adalah di 96.86, 97.48 dan 98.11. RBS pula ada di 85.84, 95.26 dan 94.67. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan selagi High 2018 kekal kukuh.

 

Divergence petanda EURUSD mahu meroket?

Indikator Stochastics di D1 ada pembentukan Divergence ke arah belian dan ia disokong dengan CSR terakhir Rabu dan Khamis lepas Bullish Engulfing. EURUSD juga telah keluar dalam posisi Overbought  daripada minggu lepas. Berpandukan indikator Stohcastics, ada kemungkinan ianya akan naik dahulu minggu depan. RBS terdahulu adalah di 1.13655, 1.12993 dan 1.12135. SBR terdekat pula adalah di 1.14320, 1.14755, dan 1.15265. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan apabila EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih rendah.

 

GBPUSD sudah lakukan pembetulan pasaran untuk terjun lebih jauh?

GBPUSD ditutup kukuh di W1 minggu lepas. Pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD sudah keluar daripada posisi Overbought jika dilihat menggunakan indikator Stochastics. Ada kemungkinan kenaikan ini adalah bagi menguji semula Trendline seperti dalam rajah.  SBR terhampir munggu depan adalah di 1.30415, 1.31030 dan 1.31900. Pergerakan ke bawah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menguji RBS di 1.29210, 1.28525 dan 1.27745. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan bagi menguji semula tempat Breakout seperti yang digambarkan dalam rajah dan menuju terus ke bawah.

 

AUDUSD sudah membuat Breakout ke atas Downtrend Trendline

AUDUSD kelihatan seperti sudah melakukan perubahan Trend kepada Bullish. Ini dapat dilihat kerana ia sudah menutup pasaran di atas Trendline bagi 10 bulan di TF D1 dan W1. SBR terdahulu adalah di 0.72156, 0.72421 dan  0.72803. RBS terdekat adalah di 0.71822, 0.71519 dan 0.71222. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan selagi harga terendah minggu lepas masih kekal.

 

USDJPY kembali Uptrend? Berada di atas Bullish Trendline sejak Ogos 2018

Kelihatan USDJPY membentuk CSR Bullish Engulfing di W1. Ini membayangkan ianya berada dalam trend menaik bagi jangka masa pendek. Jika USDJPY terus susut dahulu depan, RBS yang mungkin diuji adalah di 112.810, 112.310 dan 111.7756. Jika ia memilih untuk melakukan lagi kenaikan dalam pasaran ke harga lebih tinggi, SBR terdekat adalah di 111.395, 113.950 dan 114.560. Jika diperhaluusi di Monthly, indikator Stochastic masih dalam posisi Overbought. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan dalam apabila USDJPY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah selagi di atas Trendline seperti dalam rajah

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

Wallahualam…

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: