Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 08/10-12/10/2018

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 08/10-12/10/2018

DXY Kembali Uptrend? Sah DXY kembali bergerak dalam Asscending Channel seperti yang dijangkakan minggu lepas. Indikator Stochastics di D1 ada menun

DXY Kembali Uptrend?

Sah DXY kembali bergerak dalam Asscending Channel seperti yang dijangkakan minggu lepas. Indikator Stochastics di D1 ada menunjukkan momentum belian yang baik namun kini berada dalam posisi Overbought. Dengan kemasukan semula DXY ke dalam Ascending Channel ini, trend DXY dijangka kembali Bullish minggu hadapan dan ia disokong dengan CSP di W1 dua minggu lepas yang terbentuk Bullish Engulfing. SBR terdekat adalah di 95.68, 96.30 dan 96.86 manakala RBS terdahulu adalah di 94.98, 94.34 dan 93.82. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan apabila DXY melakukan pembetulan pasaran dan menguji semula Lower Trendline.

 

Sah EURUSD berada di bawah Trendline daripada Low 2017 semula

Selepas mencatatkan New High buat 8 minggu tiga minggu lepas, EURUSD menyusut 100pips minggu lepas. Indikator Stochastics di D1 telah menunjukkan momentum jualan yang agak baik dan ini disokong dengan CSP di W1 dua minggu lepas adalah Bearish Engulfing. Namun dengan EURUSD sudah berada dalam posisi Overbought berpandukan indikator Stohcastics, ada kemungkinan ianya akan naik dahulu minggu depan sebelum terjun lagi. RBS terdahulu adalah di 1.14620, 1.13935, dan 1.12995. SBR terdekat pula adalah di 1.15500, 1.15930, dan 1.16495. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan apabila EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih tinggi.

 

CS di W1 Bullish tetapi high 2 minggu lepas masih kukuh?

GBPUSD mengakhiri pasaran minggu lepas dengan pembentukan 1 Bullish Candle di W1. Pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD kini sah masuk semula dalam Ascending Channel seperti dalam rajah. Channel ini boleh digunakan dalam penentuan trend dalam jarak dekat. Indikator Stochastics di D1 kini menunjukkan arah belian yang baik yang memungkinkan GBPUSD akan naik minggu hadapan. SBR yang mungkin diuji dahulu munggu depan adalah di 1.31785, 1.32755 dan 1.33635. Pergerakan ke bawah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menguji RBS di 1.30035, 1.29210 dan 1.28280. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan selagi Low minggu lepas kekal.

 

Sah! AUDUSD patuh kepada Bearish Trendline

AUDUSD membuat New Low 2018. Namun Indikator Stochastics di D1 menunjukkan posisi Obervought. Pemerhatian lanjut mendapati AUDUSD telah reject Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah. SBR terdahulu adalah di 0.70850, 0.71315 dan 0.71660. RBS terhampir adalah di 0.70150, 0.69720 dan 0.61975. Cadangan minggu depan? Jualan dalam dagangan selagi harga tertinggi minggu lepas masih kekal.

 

Bearish Pinbar di W1 petanda Yen mahu menguat?

USDJPY ditutup lema minggu lepas walau mencatatkan harga tertinggi baru buat 2018. Penyusutan ini ini selari dengan penurunan indeks Nikkei 225. Jika USDJPY terus mengukuh minggu depan, SBR yang mungkin diuji adalah di 113.900, 114.090 dan  114.280. Jika ia memilih untuk melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, RBS terdekat adalah di 113.340, 113.185, dan 112.970. Jika diperhaluusi di W1 dan Monthly, indikator Stochastic kini menunjukkan posisi Overbought. Cadangan minggu depan? jualan dalam dagangan dalam apabila USDJPY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah selagi tiada lagi New High 2018 terbentuk

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

Wallahualam…

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: