Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 15/10-19/10/2018

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 15/10-19/10/2018

DXY menyusut tetapi masih dalam Ascending Channel DXY kini menghampiri Lower Trendline bagi Ascending Channel. Indikator Stochastics di D1 pula sud

DXY menyusut tetapi masih dalam Ascending Channel

DXY kini menghampiri Lower Trendline bagi Ascending Channel. Indikator Stochastics di D1 pula sudah menghampir posisi Overbought. SBR terdekat adalah di 95.68, 96.30 dan 96.86 manakala RBS terdahulu adalah di 94.34, 93.82 dan 93.39. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan apabila DXY melakukan pembetulan pasaran dan menguji semula Lower Trendline.

 

EURUSD masih berada di bawah Trendline daripada Low 2017

Indikator Stochastics di D1 ada menunjukkan momentum belian yang agak baik. EURUSD juga sudah keluar daripada posisi Overbought  daripada minggu lepas. Berpandukan indikator Stohcastics, ada kemungkinan ianya akan naik lagi minggu depan. RBS terdahulu adalah di 1.15930, 1.16495 dan 1.17200. SBR terdekat pula adalah di 1.15050, 1.14320 dan 1.13655. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan apabila EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih rendah.

 

 GBPUSD mahu menguji semula Lower Trendline?

GBPUSD mengakhiri pasaran minggu lepas dengan pembentukan 1 Bullish Candle di W1. Pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD mengakhiri pasaran Jumaat dengan CS Bearish Engulfing. SBR terhampir munggu depan adalah di 1.32580, 1.33645 dan 1.34465. Pergerakan ke bawah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menguji RBS di 1.30320, 1.29210 dan 1.28280. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan bagi menguji Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah.

 

New Low 2018 lagi minggu hadapan?

AUDUSD membuat New Low 2018 lagi minggu lepas. Namun Indikator Stochastics di D1 menunjukkan arah ke belian yang baik. SBR terdahulu adalah di 0.71315, 0.71660 dan 0.71977. RBS terhampir adalah di 0.70850, 0.70400 dan 0.70010. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan selagi harga terendah minggu lepas masih kekal.

 

USDJPY dalam posisi Oversold dan ia petanda akan membuat pembetulan pasaran ke atas?

Di W1 ada menunjukkan CSR Evening Star. Di D1 pula indikator Stochastics kini dalam posisi Oversold. Jika USDJPY mengukuh dan melakukan pembetulan pasaran minggu depan, SBR yang mungkin diuji adalah di 112.536, 112.870 dan 113.290. Jika ia memilih untuk melakukan lagi penyusutan pasaran ke harga lebih rendah, RBS terdekat adalah di 111.830, 111.495 dan 111.115. Jika diperhaluusi di W1 dan Monthly, indikator Stochastic masih dalamposisi Overbought. Cadangan minggu depan? jualan dalam dagangan dalam apabila USDJPY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

Wallahualam…

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: