Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 22/10-26/10/2018

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 22/10-26/10/2018

DXY mengukuh lagi minggu depan dalam Ascending Channel? Analisa minggu lepas tepat seperti dianalisis iaitu DXY menguji Lower Trendline dan meroket

DXY mengukuh lagi minggu depan dalam Ascending Channel?

Analisa minggu lepas tepat seperti dianalisis iaitu DXY menguji Lower Trendline dan meroket ke atas. DXY kini menghampiri Upper Trendline bagi Ascending Channel. Indikator Stochastics di D1 pula sudah menghampir posisi Oversold. SBR terdekat adalah di 95.68, 96.30 dan 96.86 manakala RBS terdahulu adalah di 94.98, 94.34 dan 93.82. AO ada menunjukkan momentum belian semakin lemah kali terkahir di D1 minggu lepas. Cadangan minggu depan? Jualan dalam dagangan apabila DXY melakukan pembetulan pasaran dan menguji semula Upper Trendline.

 

Sah EURUSD masih berada di bawah Trendline daripada Low 2017

Indikator Stochastics di D1 ada pembentukan Divergenceke arah belian dan ia disokong dengan CSR terakhir Jumaat lepas Bearish Engulfing. EURUSD juga sudah keluar daripada posisi Overbought  daripada minggu lepas. Berpandukan indikator Stohcastics, ada kemungkinan ianya akan naik lagi minggu depan. RBS terdahulu adalah di 1.14320, 1.13655, dan 1.12995. SBR terdekat pula adalah di 1.15930, 1.16495 dan 1.17200. Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan apabila EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih rendah.

 

GBPUSD mahu bergerak dalam Ascending Channel?

GBPUSD ditutup lemah di W1 minggu lepas. Pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD mengakhiri pasaran Jumaat dengan CS Inside Bar. SBR terhampir munggu depan adalah di 1.31030, 1.31910 dan 1.32580. Pergerakan ke bawah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menguji RBS di 1.30095, 1.29210 dan 1.28445. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan bagi menguji Upper Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah dan menuju ke bawah.

 

New Low 2018 lagi minggu hadapan?

AUDUSD tidak berjaya membuat New Low 2018 lagi minggu lepas. Namun Indikator Stochastics di D1 menunjukkan arah jualan yang baik. SBR terdahulu adalah di 0.71315, 0.71660 dan 0.71977. RBS terhampir adalah di 0.70850, 0.70400 dan 0.70010. Cadangan minggu depan? Belian dalam dagangan selagi harga terendah minggu lepas masih kekal.

 

USDJPY keluar daripada Oversold dan ia petanda akan membuat pembetulan pasaran ke atas dan terjun?

2 minggu lepas di W1 ada menunjukkan CSR Evening Star. Di D1 pula indikator Stochastics kini dalam sudah keluar daripada posisi Oversold. Jika USDJPY mengukuh dan melakukan pembetulan pasaran minggu depan, SBR yang mungkin diuji adalah di 112.870, 113.290 dan 113.640. Jika ia memilih untuk melakukan lagi penyusutan pasaran ke harga lebih rendah, RBS terdekat adalah di 112.015, 111.615 dan 111.115. Jika diperhaluusi di Monthly, indikator Stochastic masih dalam posisi Overbought. Cadangan minggu depan? jualan dalam dagangan dalam apabila USDJPY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

Wallahualam…

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: