Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 24/09-28/09/2018

Rangkuman Pandangan Teknikal DXY, EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan USDJPY 24/09-28/09/2018

New Low untuk 10 minggu, Breakout Ascending Channel petanda DXY akan terus melemah kelak Akhirnya DXY membuat pengesahan perubahan trend kepada Bea

New Low untuk 10 minggu, Breakout Ascending Channel petanda DXY akan terus melemah kelak

Akhirnya DXY membuat pengesahan perubahan trend kepada Bearish. OHLC di W1 dicatatkan 94.54, 94.57, 93.39, 93.79. Bermula dengan Gap, DXY terus melemah hinggalah Jumaat. Indikator Stochastics kini menunjukkan ianya berada dalam Oversold. Ada kemungkunan DXY akan melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi sebelum terus melemah lagi. SBR terdahulu adalah di 94.32, 94.98 dan 95.44. Jika DXY terus melemah lagi, ia mungkin menguji RBS 93.44, 92.83 dan 92.11. Cadangan minggu depan? Jualan dalam dagangan apabila DXY melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih tinggi.

 

EURUSD berada di atas Trendline daripada Low 2017

New High bagi 8 minggu dicatatkan minggu lepas dengan OHLC W1 1.16245, 1.18037, 1.16188, 1.17490. Indikator Stochastics di D1 pula sudah menunjukkan momentum Bullish yang baik. Secara keseluruhan EURUSD ada menunjukkan mood belian yang bagus.  Jika EURUSD mahu meneruskan perjalanan ke harga lebih tinggi SBR terdekat adalah di 1.17915, 1.18520 dan 1.19080. Harus diperhatikan Trendline yang digambarkan dalam rajah yang mungkin menentukan pergerakan seterusnya bagi EURUSD. RBS terdekat pula adalah di 1.17345, 1.16500 dan 1.15730 Cadangan minggu hadapan? Belian dalam dagangan apabila EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga yang lebih rendah.

 

Bearish Pinbar di W1 petanda GBPUSD mahu terus menyusut

GBPUSD mengakhiri pasaran minggu lepas dengan pembentukan CSR Bearish Pinbar di W1. Ini merupakan 1 CSR yang agak kukuh memberi petunjuk pembalikan harga dalam pasaran. Pemerhatian lanjut di D1 mendapat GBPUSD menutup pasaran minggu lepas dengan CSR Bearish Engulfing. Namun begitu pemerhatian lanjut di TF D1, menunjukkan GBPUSD mungkin kini bergerak dalam Ascending Channel seperti dalam rajah. Channel ini boleh digunakan dalam penentuan trend dalam jarak dekat. Jika GBPUSD mematuhi CSR Bearish Pinbar di W1 Jumaat lepas, RBS yang mungkin diuji munggu depan adalah di 1.30270, 1.29610 dan 1.28960. Pergerakan ke atas mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menguji SBR di 1.13430 , 1.32135 dan 1.32690. Cadangan minggu hadapan? Jualan dalam dagangan selagi High minggu lepas kekal.

 

AUDUSD bakal turun sebelum kembali meroket?

W1 OHLC 0.71542, 0.73037, 0.71416, 0.72859. Di W1 pengukuhan AUDUSD sangatlah jelas. Namun jika pengamatan di D1 pula ada menunjukkan Overbought di D1 (Stochastics). Besar kemungkinan ianya akan melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah sebelum bergerak ke harga yang lebih tinggi. RBS yang perlu diuji jika pembetulan pasaran ke harga lebih rendah adalah 0.72625, 0.72375 dan 0.72015. Sebarang kenaikan mungkin singgah di SBR 0.73035, 0.73330 dan 0.72015. Kenaikan juga mungkin terhad dan mematuhi Trendline seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Cadangan minggu depan? Jualan dalam dagangan selagi harga tertinggi minggu lepas masih kekal.

 

USDJPY Overbought di D1?

USDJPY ditutup kukuh minggu lepas dan mencatatkan New High bagi 10 minggu. OHLC W1 dicatatkan dengan 112.024, 112.866, 111.657, 112.555. Pemantauan lanjut di TF D1 juga ada memungkinkan USDJPY kini bergerak di Ascending Channel seperti dalam rajah di bawah. Jika USDJPY terus mengukuh minggu depan, SBR yang mungkin diuji adalah di 112.815, 113.185 dan 113.430. Jika ia memilih untuk melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, RBS terdekat adalah di 112.470, 112.155 dan 111.760. Jika diperhaluusi di D1, indikator Stochastic kini menunjukkan posisi Overbought. Cadangan minggu depan? Jualan dalam dagangan dalam meneruskan trend Bullish sebenar.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

Wallahualam…

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: