Rayuan Bantuan BPN Bernilai RM 11 Billion Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020

Rayuan Bantuan BPN Bernilai RM 11 Billion Dilanjutkan Sehingga 31 Mei 2020

Jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mencecah 10.6 juta orang sehingga hari ini, termasuk pembayaran sebanyak RM 11 billion, jelas Perdana

Jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mencecah 10.6 juta orang sehingga hari ini, termasuk pembayaran sebanyak RM 11 billion, jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga berkata kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan baru dan rayuan bagi program BPN, yang melibatkan jumlah pendanaan bernilai RM 1.7 billion sehingga semalam.

Kenyataan Muhyiddin di atas merupakan petikan daripada ucapan sidang media khas beliau yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan termasuk Bernama TV pada hari ini.

Selain daripada itu, Muhyiddin juga mengumumkan bahawa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah bersetuju melanjutkan tempoh rayuan bantuan BPN sehingga 31 Mei 2020.

Hal ini kerana banyak aduan disuarakan oleh mereka yang gagal mendapatkan bantuan tersebut kerana sebab-sebab yang banyak termasuk kekurangan informasi.

“Terdapat permohonan yang ditolak kerana rekod menunjukkan pendapatan mereka melebihi kriteria kelayakan, namun fakta sebenar mereka telahpun kehilangan kerja dan sumber pendapatan”, ujar Muhyiddin.

“Sebahgian daripada mereka juga dikategorikan sebagai pelajar, oleh itu permohonan bantuan BPN di bawah kategori bujang telah ditolak”, tambah beliau.

Oleh itu, bagi permohonan yang telah ditolak, selain daripada menghantarkan email, mereka juga boleh pergi ke mana-mana kaunter IRB (Inland Revenue Board) untuk memohon rayuan bermula 11 Mei, atau 12 Mei bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari esok.

“Saya tidak boleh janjikan semua rayuan akan diluluskan, namun rayuan yang munasabah dan memenuhi syarat akan diluluskan”, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: