RBA: Dasar Monetari Tidak Akan Diperketatkan Atau Dilonggarkan

RBA: Dasar Monetari Tidak Akan Diperketatkan Atau Dilonggarkan

Rizab Bank Australia (RBA) telah meninggalkan pembelian bon di pasaran sekunder sembilan hari berturut-turut sehingga hari Khamis. Antara faktor y

Rizab Bank Australia (RBA) telah meninggalkan pembelian bon di pasaran sekunder sembilan hari berturut-turut sehingga hari Khamis.

Antara faktor yang mendorong bank pusat mula meninggalkan pendekatan yang agresif adalah kestabilan hasil bon tiga tahun sekitar 0.25%.

Pengurangan pembelian bon menjadikan RBA lebih hawkish berbanding bank-bank pusat dunia yang lain seperti Federal Reserve, yang mana telah mengembangkan penyata imbangan mereka secara mendadak.

RBA telah menurunkan kadar faedah ke paras terendah 0.25% dan melancarkan program pembelian bon pada bulan Mac bagi membendung kejatuhan ekonomi akibat penularan wabak koronavirus.

Gabenor RBA Philip Lowe dalam ucapannya sebagai panel Webinar FINSIA ‘The Regulators’ pada hari ini berkata “Sistem kewangan Australia berdaya tahan dan berada pada kedudukan yang baik untuk menangani COVID-19.”

Lowe menjelaskan bahawa penampan modal dan kecairan yang ada sedia untuk dikeluarkan jika perlu membantu ekonomi dan menggesa supaya pihak peminjam terus menyokong aliran kredit ke dalam ekonomi.

Beliau walau bagaimanapun menyuarakan kebimbanga terhadap ketidaktentuan kadar pemulihan selepas sekatan-sekatan dilonggarkan terutamanya mengembalikan keyakinan rakyat atau pengguna.

“Kami tetap bersedia untuk meningkatkan pembelian bon jika diperlukan dan apa yang dapat dicapai menerusi dasar monetari adalah terhad”, tambah Lowe.

Gabenor RBA turut memperingatkan bahawa tanpa sebarang kemajuan dalam isu rawatan Covid-19, pemulihan ekonomi akan bergerak perlahan.

Oleh itu, Lowe menjelaskan dasar tidak akan diperketatkan sehingga pertumbuhan kembali mantap.

Selain itu beliau juga berkata tidak kepada ‘negative rate’ berikutan “kesan buruk kadar faedah negatif menjangkaui manfaat”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: