RBA Dijangka Kekalkan Dasar Monetari Pada Pertemuan Pertama Tahun Ini

RBA Dijangka Kekalkan Dasar Monetari Pada Pertemuan Pertama Tahun Ini

Pasaran memperlihatkan optimis baharu pelabur berikutan pemulihan ekuiti dan matawang. Senario ini telah membuka lebih banyak peluang di awal pemb

Pasaran memperlihatkan optimis baharu pelabur berikutan pemulihan ekuiti dan matawang.

Senario ini telah membuka lebih banyak peluang di awal pembukan bulan Februari bermula dengan keputusan pertama dasar monetari Rizab Bank Australia (RBA) bagi tahun ini.

Keputusan akan diumumkan pada jam 11.30 pagi dan AUD/USD kini didagang berhampiran pertengahan paras 0.7600 menjelang pengumuman tersebut.

Berdasarkan pandangan yang dikeluarkan oleh para penganalisis dari enam bank utama (ING, TDS, ANZ, Westpac, Standard Charted dan MUFG), RBA dijangka tidak akan mengubah dasar sangat akomodatif mereka.

Antara faktor yang menyokong pandangan ini adalah suasana risiko yang tidak sekata dengan purata pengangguran masih di bawah jangkaan bank pusat dan unjuran sasaran 2% inflasi hanya akan tercapai pada Jun 2023.

RBA dalam kenyataan hari ini dijangka mengulangi ungkapan “melihat kepada unjuran, cash rate mungkin tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya selama tiga tahun”.

Namun begitu, sebahagian besar daripada penganalisis berpandangan bahawa RBA akan menaikkan unjuran ekonomi mereka bagi menggambarkan pemulihan yang kuat sedang berlangsung.

Oleh itu, AUD berpotensi memberi reaksi yang positif terhadap pengumuman hari ini, yang mana akan memicu spekulasi bahawa dasar mungkin akan diketatkan lebih awal dari jangkaan walaupun mesej secara keseluruhannya masih dovish.

Impak ke atas AUD walau bagaimanapun dijangka terhad berikutan pasaran akan lebih memberi tumpuan terhadap ucapan Gabenor Lowe bertajuk ‘The Year Ahead’ pada Rabu ini bagi mencari isyarat tentang pendirian RBA terhadap program QE mereka dan potensi pembelian bon dinaikkan melebihi sasaran $100 bilion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: