RBA Kekalkan Kadar Faedah, Aussie Melonjak

RBA Kekalkan Kadar Faedah, Aussie Melonjak

Seperti dijangkakan pasaran, Reserve Bank of Australia, RBA masih mengekalkan kadar asas faedah pada paras terendah 1.5% sejak 2 Ogos lalu. Dengan pen

Seperti dijangkakan pasaran, Reserve Bank of Australia, RBA masih mengekalkan kadar asas faedah pada paras terendah 1.5% sejak 2 Ogos lalu. Dengan pengekalan kadar asas faedah ini, Aussie masih mengekalkan status sebagai antara mata wang yang mempunyai nilai “carry trade” tinggi di dunia.

 

Ketika ulasan pasaran ini ditulis, AUDUSD mula diniagakan pada harga 0.76060 sebelum turun ke paras terendah harian 0.75973. Mula mengukuh sedikit apabila data berkala PMI Pembuatan China dikeluarkan, lalu terus mengukuh ke paras tertinggi harian 0.76581 ketika RBA mengekalkan kadar asas faedah pada paras 1.5%.

 

Secara teknikal pula harga tertinggi harian hari ini adalah pada paras retracement 61.8 harga tertinggi minggu lalu. Adakah momentum pengukuhan Aussie ini akan berterusan hingga ke pasaran Eropah dan Amerika?

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: