RBA Kitar Semula Skrip Lama

RBA Kitar Semula Skrip Lama

"Kenaikan AUD akan melemahkan ekonomi" - Frasa ini telah beberapa bulan berada di dalam setiap kenyataan RBA seiringan dengan petunjuk ekonomi Aussie

“Kenaikan AUD akan melemahkan ekonomi” – Frasa ini telah beberapa bulan berada di dalam setiap kenyataan RBA seiringan dengan petunjuk ekonomi Aussie seperti jualan runcit yang semakin menguncup dan inflasi yang mengecewakan.

Pasaran pekerjaan yang semakin bertambah baik ini akan sedikit membantu penurunan kadar pengangguran bagi unjuran tahun 2018 dan 2019 nanti, sekaligus membantu mengembalikan kuasa belian pengguna dan membantu inflasi untuk bertambah baik. Melihatkan pada suasana inflasi dan jualan runcit yang rendah, AUD kini sangat berisiko untuk meneruskan perjalanan ‘bearish’nya untuk tempoh pendek-sederhana.

Peningkatan pelaburan di dalam sektor infrastruktur menyokong ekonomi Australia pada ketika keadaan sektor perumahan di Sydney sedikit beransur pulih . Ini setidak-tidaknya berjaya meneutralkan sedikit kenyataan dovish oleh RBA.

RBA, pagi tadi mengekalkan kadar faedah mereka pada 1.5% seperti jangkaan. Walaupun begitu, AUD masih mampu untuk kekal stabil disebabkan oleh unjuran RBA yang mengekalkan skrip pada bulan lalu apabila mereka masih yakin bahawa inflasi akan menaik secara berperingkat.

Jumaat nanti, Kenyataan Polisi Kewangan RBA akan diterbitkan pada jam 8.30 pagi. Tiada perubahan nada atau ‘tone’ daripada polisi RBA kali ini berbanding bulan lepas apabila RBA dijangkakan untuk terus dalam “neutral bias” mereka.

AUD/USD di TF D1, membentuk ‘descending channel’ di mana harga mampu untuk menguji bahagian atas ‘channel’ ini di paras harga 0.7733 atau meneruskan kejatuhan pada ketika ini sehingga ke bahagian bawah ‘channel’ untuk sekurang-kurangnya ke paras 0.75830.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: