RBA Lowe : Tiada Kenaikan Kadar Faedah Dalam Masa Terdekat

RBA Lowe : Tiada Kenaikan Kadar Faedah Dalam Masa Terdekat

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Lowe dalam ucapan beliau di Sydney berkata kenaikan kadar faedah hanya mungkin berlaku sekiranya ekonomi berk

Gabenor Reserve Bank of Australia (RBA), Lowe dalam ucapan beliau di Sydney berkata kenaikan kadar faedah hanya mungkin berlaku sekiranya ekonomi berkembang mengikut jangkaan mereka. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar pengangguran dan inflasi yang dijangka akan meningkat ke paras 2.50% menjelang tahun 2020.

RBA melihat tiada kekuatan buat masa ini untuk meyokong kenaikan kadar faedah untuk masa terdekat. Tambah beliau peningkatan perang perdagangan akan menjejaskan ekonomi global, di dalam sesi temu bual selepas ucapan beliau di Anika Foundation Luncheon.

Kadar pengangguran dijangka akan mencapai 5% dalam beberapa tahun sementara kadar pendapatan meningkat dengan kenaikan yang lebih tinggi adalah secara berperingkat. Risiko kewangan berkurangan setelah harga rumah dan pinjaman menurun.

Lebihan dagangan China semakin menyusut pada Julai mungkin akan memberi sedikit tekanan kepada matawang AUD tatkala Amerika Syarikat diberitakan akan mengenakan 25% duti ke atas import dari negara China sebanyak $16 bilion dalam masa 2 minggu, bermula pada 23 Ogos nanti.

Namun begitu, pasangan AUD/USD tampak tidak begitu terkesan dengan perkembangan dari China dan sentimen perang perdagangan AS-China ini. Pasangan ini berpotensi untuk menguji paras ‘resistance’ 0.74400 sekali lagi setelah gagal untuk menembusi paras yang sama semalam namun kekuatan ‘bearish’ tampak lebih meyakinkan kali ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: