RBA Lowe Ulangi Ungkapan “Gentle Turning Point”

RBA Lowe Ulangi Ungkapan “Gentle Turning Point”

Gabenor Rizab Bank Australia (RBZ) Philip Lowe dalam ucapannya bertajuk "The Year Ahead" di hadapan Kelab Wartawan Nasional telah menjelaskan lebih b

Gabenor Rizab Bank Australia (RBZ) Philip Lowe dalam ucapannya bertajuk “The Year Ahead” di hadapan Kelab Wartawan Nasional telah menjelaskan lebih banyak merit keperluan dasar yang lebih longgar.

Lowe mengatakan bahawa bank pusat melihat perlunya memotong kadar faedah daripada rekod yang terendah sedia ada jika kadar pegangguran bergerak lebih tinggi dan tiada perubahan signifikan pada tekanan inflasi.

Namun beliau cuba mengurangkan kebimbangan terhadap kelembapan akibat coronavirus dan kebakaran hutan dengan mengatakan bahawa data pekerjaan dan inflasi yang terkini masih bergerak pada landasannya.

Kemudian, Lowe mengulangi pandangan beliau bahawa ekonomi masih melepasi “gentle turning point” untuk ke arah yang lebih baik.

Tiada perubahan yang signifikan ke atas matawang AUD menerusi ucapan Lowe berikutan ianya dilihat selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh RBA selepas keputusan dasar mereka semalam.

Tambahan pula, kelemahan data PMI Perkhidmatan China turut memberi kesan kecil dan menghadkan pembelian AUD yang dikenali sebagai proksi kepada China.

Sehingga jam 11 pagi, AUD/USD didagang sekitar 0.6736, berundur daripada paras tertinggi 0.6746 yang direkodkan pada sesi Asia.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: