RBA Turunkan Kadar Faedah Lagi?

RBA Turunkan Kadar Faedah Lagi?

Pada minggu lepas, Dolar Australia mengukuh setelah Gabenor RBA Lowe mengatakan ekonomi Australia telah mencapai titik perubahan yang baik. Beliau bi

Pada minggu lepas, Dolar Australia mengukuh setelah Gabenor RBA Lowe mengatakan ekonomi Australia telah mencapai titik perubahan yang baik. Beliau bimbang tentang perbelanjaan isirumah tetapi menjangkakan lebih kenaikan sederhana KDNK pada suku ke-4 tahun ini. Mereka akan menilai semula keadaan ini pada Oktober dan akan memutuskan samada penurunan kadar faedah perlu dilakukan.

Mengambil kira terbitan data ekonomi Australia semenjak kali terakhir RBA bermesyuarat, hampir kesemuanya memberikan indikasi “merah” kecuali beberapa sektor seperti perumahan dan pembinaan. KDNK tahunan mengecut kepada 1.40% ditambah dengan keadaan iklim ekonomi China yang semakin suram menjadikan ianya agak sukar bagi RBA untuk melakukan penurunan kadar faedah dengan lebih lanjut.

Dalam penyata mesyuarat RBA nanti, jika mereka memutuskan untuk menurunkan kadar faedah dan terus menegaskan tentang situasi ekonomi yang semakin baik dan perkembangan KDNK yang lebih utuh, maka AUD berkemungkinan akan jatuh. Namun jika mereka memutuskan untuk tidak menurunkan kadar faedah, kita mungkin dapat melihat AUD akan melonjak lebih kuat. AUD hanya akan jatuh dengan tersangat teruk, jika mereka menurunkan kadar faedah dan berpendirian terbuka kepada lebih penurunan kadar faedah pada masa hadapan.

RBA mungkin sahaja akan menurunkan kadar faedah mereka buat kali ketiga pada tahun ini, namun akan menutup kemungkinan kepada lebih penurunan kadar faedah. Di dalam keadaan pasaran sudahpun menjangkakan RBA bakal menurunkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas kepada 0.75%, sebarang kejutan akan menjadikan pergerakan matawang Dolar Australia tersangat “liar”.

Bagi pasangan matawang AUD/USD, harga pada ketika artikel ini ditulis berada di paras 0.67537. Jika diteliti pada carta D1, jelas kelihatan paras terendah pada bulan Ogos dan September. Pasangan ini berkemungkinan akan menguji paras itu sekali lagi jika berlakunya kejatuhan. Dan jika RBA mengisyaratkan ketiadaan lebih banyak penurunan kadar faedah, pasangan ini boleh sahaja kembali melonjak ke atas setelah melakukan ujian ke paras terendah tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: