RBNZ Dijangka Ulangi Sikap Yang Sama Terhadap Bukti Meningkatnya Tekanan Inflasi

RBNZ Dijangka Ulangi Sikap Yang Sama Terhadap Bukti Meningkatnya Tekanan Inflasi

Rizab Bank New Zealand (RBNZ) akan mengumumkan keputusan dasar moentari terbaru mereka pada jam 10 pagi ini. Pengumuman kali ini merupakan titik p

Rizab Bank New Zealand (RBNZ) akan mengumumkan keputusan dasar moentari terbaru mereka pada jam 10 pagi ini.

Pengumuman kali ini merupakan titik penting bagi bank pusat untuk menyuarakan keseimbangan antara optimis terhadap ekonomi negara dan kebimbangan terhadap reflasi.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan terkini, Gabenor RBNZ Adrian Orr dan ahli lembaga bank pusat yang lain telah berulang kali menunjukkan kecenderungan mereka untuk memastikan dasar yang stabil dan menolak kebimbangan akan berlakunya ‘rate-hike’ secara tiba-tiba.

Menjelang keputusan tersebut, Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand (ANZ) menjangkakan bahawa RBNZ akan mengulangi sikap yang sama terhadap bukti meningkatnya tekanan inflasi di New Zealand.

“Hal ini kerana mereka jelas keliru antara risiko inflasi yang terlalu tinggi berbanding terlalu rendah dari titik permulaan”, tulis ANZ dalam satu catatan.

Penganalisis dari TD Securities juga menyuarakan pandangan yang sama di mana melihat tiada alasan untuk bank pusat mengubah mesej memerlukan “masa dan kesabaran yang cukup” untuk mereka mencapai objektif inflasi dan pekerjaan.

Oleh itu RBNZ dijangka akan mengekalkan dasar yang longgar ini untuk tempoh masa yang lebih lama.

Walaupun bank pusat mempunyai keupayaan untuk menambahkan lebih banyak rangsangan jika diperlukan, namun mereka dijangka akan mengulangi kenyataan ‘tunggu dan lihat’ sebelum membuat sebarang perubahan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: