RBNZ Tutup Spekulasi, Tidak Akan Tergesa-gesa Hapuskan Rangsangan

RBNZ Tutup Spekulasi, Tidak Akan Tergesa-gesa Hapuskan Rangsangan

Reuters melaporkan bahawa Bank Pusat New Zealand (RBNZ) tidak tergesa-gesa untuk menghampus rangsangan ekonomi dan mengetatkan dasar. Sebagaimana

Reuters melaporkan bahawa Bank Pusat New Zealand (RBNZ) tidak tergesa-gesa untuk menghampus rangsangan ekonomi dan mengetatkan dasar.

Sebagaimana yang disebut oleh Penolong Gabenor RBNZ, Christian Hawkesby pada hari ini bahawa pasaran akan tersilap langkah jika mereka berpandangan sebaliknya.

“Pasaran kebiasaannya ingin mendahului bank pusat, namun tidak dapat tidak ianya adalah permulaan yang salah dan itulah sebabnya kita melihat turun naik sebahagian pasaran bon ketika ini”, jelas Hawkesby kepada Reuters.

“Pendekatan kami adalah untuk terus mengingatkan pasaran bahwa kami akan bersabar, dan tidak akan tergesa-gesa untuk menghapus rangsangan,” tegas beliau.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan keputusan RBNZ mengekalkan kadar faedah pada minggu lalu.

Hawkesby berkata bank-bank dunia ingin mengekalkan rangsangan yang signifikan untuk jangka masa yang panjang, menyokong kenyataan Gabenor Adrian Orr minggu lalu bahawa pengetatan dasar terlalu cepat dapat menyekat pertumbuhan.

“Sebahagian dari ini didorong oleh fakta bahawa inflasi selama 10 tahun terakhir lebih rendah daripada sasaran bank pusat,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: