Reaksi Ke Atas Laporan Terbaru Brexit, GBP/USD Menjunam Lebih 100 Pips

Reaksi Ke Atas Laporan Terbaru Brexit, GBP/USD Menjunam Lebih 100 Pips

Pasangan matawang GBP/USD kehilangan 100 pips pada sesi Eropah hari Rabu, menjarakkan lagi 'pullback' intraday sehingga jatuh melebihi zon 1.2200

Pasangan matawang GBP/USD kehilangan 100 pips pada sesi Eropah hari Rabu, menjarakkan lagi ‘pullback’ intraday sehingga jatuh melebihi zon 1.2200

Pound berhadapan dengan penjualan yang lebih agresif selepas dikeluarkan laporan terbaru yang mengatakan bahawa kerajaan UK telah memulakan pelan untuk menangguhkan prosiding parlimen selama lima minggu.

Lanjutan tempoh sehingga 14 Oktober tersebut akan menghadkan usaha daripada pihak pembangkang untuk menghalang senario hard Brexit melalui undang-undang.

Selain daripada perkembangan Brexit, pemulihan dollar turut menjadi punca menekan GBP/USD ke paras yang lebih rendah pada hari Rabu.

Kedudukan GBP/USD yang kekal di bawah 1.2200 berpotensi memicu posisi ‘stop’ bagi dagangan jangka masa pendek, sekali gus menambahkan lagi tekanan bearish yang terbentuk.

Walau bagaimanapun, tanpa panduan daripada data-data ekonomi utama, penjualan susulan dijangka melemah. Sehingga jam 5.25 petang, GBP/USD didagang sekitar 1.2194, susut 0.75%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: