Referendum Perlembagaan Itali: Kesan Kepada Blok Ekonomi Eropah

Referendum Perlembagaan Itali: Kesan Kepada Blok Ekonomi Eropah

Ketika pasaran dibuka Isnin lalu, majoriti pasangan mata wang Euro di bermula dengan Gap di bawah dan berlaku jualan besar-besaran mata wang Euro. Nam

Ketika pasaran dibuka Isnin lalu, majoriti pasangan mata wang Euro di bermula dengan Gap di bawah dan berlaku jualan besar-besaran mata wang Euro. Namun tekanan jualan ini hanya berlaku sejam sahaja sebelum aktiviti Buy Deep berlaku. Euro pulih dalam masa beberapa jam sahaja dan ditutup kukuh berbanding majoriti mata wang utama dunia di akhir dagangan New York Isnin lalu.

 

Secara umum hasil referendum menunjukkan majoriti rakyat Itali telah menggunakan referendum ini sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi PM Itali, Matteo Renzi. Renzi telah berjanji untuk meletak jawatan. Namun Presiden Itali telah meminta Renzi supaya menangguhkan hasratnya untuk meletak jawatan sehingga belanjawan Itali dibentangkan. Apabila Renzi meletak jawatan kelak, rakyat Itali akan berhadapan dengan pilihan raya yang baru. Kemenangan kem “NO” referendum ini telah menaikkan populariti Parti Five Star Movement yang lebih kepada anti-EU. Five Star Movement lebih dikenali sebagi M5S.

 

Pasaran berjaya menghadam hasil negatif referendum ini. Para pelabur berjaya mengharungi kejutan yang dikatakan ala-ala Brexit dan kemenangan mengejut Donald Trump. Namun masih tidak dapat dipastikan apakah sebenar kesan referendum ini kepada zon ekonomi EU. Ramai pakar berpendapat mata wang Euro cukup kuat bagi menghadapi tekanan jika Italy mahu kembali menggunakan mata wang asal mereka. Jika M5S memenangi pilihan raya selepas Renzi meletak jawatan, akan wujud lebih tekanan untuk Itali kembali menggunakan mata wang tradisional mereka.

 

Jika parti populis M5S berkuasa apabila memenangi pilihan raya selepas Renzi meletak jawatan, berkemungkinan besar tidak akan membawa kepada Brexit, Grexit dan keruntuhan zon ekonomi EU. Ramai pemerhati berpendapat kekalahan Renzi akan membawa kesan yang lebih buruk kepada sistem perbankan Itali. Sistem perbankan Itali sedia ada rapuh dengan bank ketiga besar Itali, Monte dei Paschi di Siena (MPS) sudah menjalani permodalan semula. Dengan selesainya Referendum Perlembagaan Itali, EU sudah melepasi satu lagi peristiwa besar tahun ini selepas Brexit.

 

Tahun depan EU akan diuji lagi dengan pilihan raya di Jerman, Perancis, dan Belanda. Secara amnya terlalu awal untuk membuat keputusan risiko perpecahan Zon Ekonomi EU. Terdapat kebangkitan sentimen anti-EU sejak akhir-akhir ini dan itulah yang merunsingkan Bank Pusat Eropah, ECB yang setiap kali bersidang akan menghadapi kempen bantahan dari puak anti-EU.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: