Renault SA merancang untuk membuang lagi 2,000 kakitangan sementara masih membuat sembilan model baru di Perancis berikutan syarikat sedang mengalami
Renault SA merancang untuk membuang lagi 2,000 kakitangan sementara masih membuat sembilan model baru di Perancis berikutan syarikat sedang mengalami kesukaran untuk mengubah bentuk operasi di negara asalnya dan beralih ke kenderaan elektrik (EV).
Menurut satu kenyataan semalam, syarikat pembuat kereta itu sedang berbincang dengan kesatuan Perancis untuk memberhentikan 1,600 jurutera dan 400 khidmat sokongan antara 2022 hingga 2024.
Pada tempoh masa yang sama, Renault akan merekrut 2,500 orang termasuk dalam data sains dan bateri kimia.
Pemulihan di Perancis mendorong Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Renault, Luca de Meo untuk berusaha mengubah hala tuju syarikatnya.
Renault pada tahun lalu mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan 14,600 pekerja seluruh dunia, termasuk sekitar 4,600 atau 10% daripada kakitangannya di Perancis, dan mengecilkan satu perlima pengeluarannya.
Walaupun Renault ingin menambah angka tersebut, namun pembinaan sembilan kenderaan baharu di menjelang 2025 yang mana kebanyakan adalah model EV yang akan dilancarkan untuk sebuah hub di utara Perancis.
Rancangan pembuatan itu bergantung pada persetujuan yang dicapai dengan kesatuan. Mengakui tekanan yang dihadapi untuk menjaga pekerja mereka di dalam negara, Renault tetap menganggap Perancis sebagai “pusat strategik dan industri.”
Sebagai tindak balas kepada desakan Renault, kesatuan CFDT mengatakan akan menuntut jaminan bahawa 750,000 kenderaan dibuat di Perancis setiap tahun dan tiada lokasi perniagaan akan ditutup.
Renault berjaya mengaut keuntungan yang besar pada separuh pertama, menutup rekod kerugian tahun lalu.
Namun begitu, kekurangan semikonduktor telah menganggu pengeluaran dalam beberapa bulan terakhir dan menyebabkan kilang ditutup.
Secara keseluruhan, Renault masih ketinggalan berbanding saingannya, Volkswagen AG dan Stellantis NV untuk pulih dari kesan pandemik berikutan kebergantungannya terhadap pasaran Eropah, yang pulih lebih perlahan daripada China atau AS.
COMMENTS