renault-cars

Renault Sasarkan Penilaian AS$10b Untuk Perniagaan EV

Renault SA menyasarkan penilaian kira-kira €10 bilion (RM47.4 bilion) untuk perniagaan kenderaan elektrik (EV) yang dibuat oleh pembuat kereta Perancis itu sebagai sebuah entiti tunggal.

Syarikat itu sedang menyediakan EV dan entiti perisian untuk pelancaran saham baru (IPO) yang berpotensi di bursa Euronext Paris pada tahun depan.

Namun begitu, rancangan tersebut masih diperingkat perbincangan dan boleh berubah di masa hadapan.

Entiti yang digelar Ampere itu, adalah sebahagian daripada rombakan yang akan dibentangkan oleh CEO Luca de Meo kepada pelabur minggu depan.

Perpecahan perniagaan EV daripada operasi enjin pembakaran tradisional Renault berlaku ketika pembuat kereta Zoe dan Clio itu berusaha untuk menavigasi peralihan yang sukar kepada EV susulan risiko kemelesetan di Eropah.

Renault akan memberi taklimat kepada pelabur mengenai rancangan rombakannya, yang masih belum dimuktamadkan, semasa hari pasaran modal pada 8 November ini, lapor Bloomberg memetik sumber yang dirahsiakan.

Ampere telah menjadi nadi perbincangan antara Renault dan rakan kongsi Nissan Motor Co Jepun ketika kedua-dua syarikat itu berusaha untuk membentuk semula pakatan yang telah berusia dua puluh tahun.

Nissan mungkin akan melabur AS$500 juta hingga AS$750 juta untuk kepentingan kira-kira 15% dalam Ampere.

Bagaimanapun, ia bergantung pada perjanjian yang lebih meluas yang akan menyaksikan Renault menurunkan 43% kepentingannya dalam Nissan kepada kira-kira 15% dari semasa ke semasa bagi mengimbangi semula pakatan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *