Ringgit Dijangka Terus Mengukuh, Selari Dengan Matawang Asia Yang Lain

Ringgit Dijangka Terus Mengukuh, Selari Dengan Matawang Asia Yang Lain

Matawang Asia termasuk ringgit dijangka meneruskan trend menaik dengan USD/MYR dilihat akan menyusut ke paras psikologi 4.10 pada minggu ini. Anta

Matawang Asia termasuk ringgit dijangka meneruskan trend menaik dengan USD/MYR dilihat akan menyusut ke paras psikologi 4.10 pada minggu ini.

Antara faktor pendorong adalah data ekonomi China yang lebih baik, mengisyaratkan pemulihan yang menyeluruh sehingga berpotensi mengukuhkan sentimen sekitar matawang Asia.

Ringgit pada minggu lalu berjaya mecapai paras tertinggi bulan Februari berbanding USD.

Selain itu, kelemahan greenback (USD) yang diharapkan dapat membantu meningkatkan tekanan inflasi AS, sesuai dengan pendekatan dasar monetari Federal Reserve, dilihat menjadi faktor pendorong dan peluang kepada matawang Asia untuk terus mengukuh pada minggu-minggu yang mendatang.

Tambahan pula, keputusan FTSE Russell tentang kedudukan bon Malaysia di dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia dijangka akan dikeluarkan pada minggu ini dan berkemungkinan bakal mempengaruhi sentimen aset-aset domestik.

Jika bon Malaysia dikekalkan di dalam senarai indeks, hal ini akan mengurangkan potensi pengeluran modal asing, sekali gus memberi ruang kepada ringgit untuk meneruskan pengukuhan berbanding USD.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: