ringgit2

Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Sepanjang Masa Berbanding USD, SGD

Ringgit melemah berbanding dolar Singapura (SGD) kepada rekod kadar pertukaran terbaru, 3.3080 pada Jumaat selepas Singapura mengetatkan dasar monetarinya pada hari yang sama untuk melawan inflasi.

Mata wang negara juga menyusut ke paras terendah sepanjang masa berbanding dolar AS (USD), dipandu oleh bacaan indeks harga pengguna (CPI) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Menurut laporan rasmi semalam, CPI AS meningkat 8.2 peratus pada bulan September, 0.1 peratus lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Bacaan itu memberi isyarat meningkatan risiko berlakunya lonjakan yang lebih tinggi dalam kadar faedah Amerika Syarikat di masa hadapan.

Berbaki dua mesyuarat dasar pada November dan Disember tahun ini, penganalisis melihat masih terdapat kemungkinan Fed akan menaikkan 0.75% pada setiap pertemuan.

Setakat jam 5.15 petang, ringgit didagang sekitar 4.702 berbanding dolar, mengekalkan momentum menaik sejak awal tahun ini.

Dari sudut teknikal, dolar AS sedang yang menunjukkan situasi overbought, dan penembusan di bawah 4.6400 dapat memberi ruang kepada penurunan yang lebih signifikan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *