KUALA LUMPUR 4 April - Penganalisis ekonomi tidak menolak kemungkinan ringgit boleh mencecah RM3.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila fak
KUALA LUMPUR 4 April – Penganalisis ekonomi tidak menolak kemungkinan ringgit boleh mencecah RM3.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila faktor-faktor luaran termasuk harga minyak dunia dan dasar kewangan di AS terus memihak kepada Malaysia.
Ringgit hari ini terus mengekalkan momentum pemulihannya di bawah paras RM4.00 berbanding dolar apabila mula mencecah paras RM3.88 iaitu kedudukan terbaiknya sejak Ogos 2015.
Pada sesi pagi hari ini, mata wang itu dibuka pada RM3.8815 berbanding dolar dan mengukuh kepada RM3.8800 semasa sesi tengah hari sebelum ditutup pada RM3.9020.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Bhd., Datuk Dr. Mohd. Nazri Khan Adam berkata, pengukuhan ringgit berlaku secara konsisten merupakan sesuatu yang positif setelah sebelum ini bergelut akibat ketidaktentuan pasaran kewangan dan komoditi dunia.
“Langkah tidak agresif AS mengubah dasar kewangannya, pemulihan harga minyak dunia serta kemasukan semula pelabur-pelabur asing ke Bursa Malaysia telah menarik minat pelabur terhadap ringgit sekali gus menaikkan nilai mata wang itu.
sumber – http://www.utusan.com.my/…/ringgit-mampu-cecah-rm3-60-1.208…
COMMENTS