Ringgit terus mendominasi pasaran matawang Asia apabila kukuh mengatasi matawang tunggal negara seberang tambak, Dolar Singapura setelah berjaya memec
Ringgit terus mendominasi pasaran matawang Asia apabila kukuh mengatasi matawang tunggal negara seberang tambak, Dolar Singapura setelah berjaya memecahkan paras 3.00 awal tahun 2018 ini dan telah berjaya mencapai harga 2.98700, kali terakhir harga pasangan SGDMYR berada di paras ini adalah pada Oktober 2016.
Pemulihan harga minyak dunia dan komoditi global membantu Ringgit melonjak disamping faktor lainnya seperti kemasukan dana asing ke dalam negara dan kekuatan pasaran ekuiti. Data pengangguran yang diterbitkan hari ini juga bertambah baik, apabila mencatatkan pengurangan sebanyak 0.1% berbanding bulan lalu.
Pengeluaran industri meningkat sebanyak 1.6% kepada 5% pada bulan November 2017 manakala kadar import dan eksport jatuh kepada 15.2% dan 14.4% masing-masing pada bulan yang sama. Jualan runcit sedikit menyusut sebanyak 0.2% berbanding bulan Oktober 2017 iaitu 10.7%.
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan kadar faedah pada minggu hadapan, 25 Jan 2018. Tiada perubahan dijangkakan, namun begitu beberapa penganalisa pasaran sudahpun mula meletakkan tekaan bahawa BNM mungkin akan menaikkan kadar faedah kali ini. Jika benar, Ringgit akan terus diapresiasi berbanding matawang Asia yang lain termasuk Dolar AS.
Dari sudut teknikal, harga menurun ini terus disokong oleh pergerakan di bawah garisan EMA250 pada carta harian. Paras ‘support’ yang berada di sekitar paras 3.01300 telah berjaya dipecahkan pada awal tahun ini. Harga kini cuba untuk memecahkan support yang seterusnya iaitu di paras 2.98700 dan jika berjaya tembus, harga mungkin akan mencapai paras support lebih bawah sekitar 2.95900.
COMMENTS