ringgit-myr

Ringgit Terus Merosot, Cecah Paras Terendah Sejak Krisis Kewangan Asia 1998

Ringgit Malaysia kekal lemah selepas ditutup rendah berbanding dolar AS tiga hari berturut-turut.

Setakat jam 2 petang, ringgit didagang sekitar 4.5025 berbanding dolar, paras terendah yang tidak pernah dilihat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ketidaktentuan pasaran ekoran prospek ekonomi global yang tidak jelas telah meningkatkan permintaan aset-aset safe haven termasuk dolar AS.

Kebangkitan dolar dilihat telah memberi tekanan ke atas mata wang serantau, di tambah pula dengan perkembangan politik di Malaysia yang telah meningkatkan ketidaktentuan.

Beberapa pemimpin parti dilaporkan telah mendesak supaya dijalankan pilihan raya lebih awal untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan.

Dagangan di Malaysia pada amnya rendah berikutan kebanyakan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat dua hari BNM yang akan bermula hari ini.

Walaupun pasaran menjangkakan BNM akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) buat kali ketiga tahun ini, namun ia belum cukup untuk menutupi spekulasi pelabur terhadap ‘rate hike’ Fed yang lebih agresif.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *