Ketika pembukaan pasaran New York Dolar Amerika jatuh berbanding Yen Jepun, manakala Dolar New Zealand menunjukkan kenaikan paling signifikan berbandi
Ketika pembukaan pasaran New York Dolar Amerika jatuh berbanding Yen Jepun, manakala Dolar New Zealand menunjukkan kenaikan paling signifikan berbanding kebanyakan mata wang utama dunia.
Kekuatan Kiwi ini bermula apabila komen Gabenor Bank Diraja New Zealand, Wheeler menggambarkan tidak ada keperluan potongan kadar faedah yang mendadak dalam masa terdekat walaupun menjangkakan lebih keperluan “Monetary Easing”. Dolar New Zealand mengukuh pada paras tertinggi harian pada nilai 0.73391 (XM mt4)
Dolar Amerika pula dilihat melemah hampir sepanjang hari ini berbanding Yen Jepun. Dolar Amerika susut kepada paras terendah harian 99.934 (XM mt4). Euro pula mengukuh berbanding Dolar Amerika dengan catatan harga tertinggi 1.13140 (XM mt4).
Dolar Australia pula diniagakan ketika ulasan ini ditulis pada paras 0.76518 (XM mt4) berbanding Dolar Amerika, meneruskan momentum ke atas sejak pasaran Asia dibuka.
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS