Sehingga laporan pasaran ini ditulis, kebanyakan mata wang Euro terus melemah berbanding kebanyakan majoriti mata wang dunia. Bulan ini EURUSD mula di
Sehingga laporan pasaran ini ditulis, kebanyakan mata wang Euro terus melemah berbanding kebanyakan majoriti mata wang dunia. Bulan ini EURUSD mula diniagakan pada harga 1.12275 dan harga semasa 1.0903, penurunan melebihi 300 pips.
Semalam sidang media Bank Pusat Eropah, ECB telah berlangsung jam 830pm waktu Malaysia. Berikut merupakan beberapa inti pati sidang media ECB yang dijalankan oleh presiden ECB, Mario Draghi:-
1) Ekonomi Eropah mula pulih secara sederhana tetapi risiko masih ke arah kemerosotan
2) Inflasi meningkat secara perlahan-lahan tetapi masih belum ada tanda-tanda trend kenaikan inflasi
3) ECB tidak pernah membincangkan “Tapering” atau pelanjutan program pembelian aset, APP
4) “Quantitative Easing” akan berlangsung hingga Mac 2017 dan bulan-bulan akan datang. ECB akan menilai semula pakej rangsangan sekarang pada Disember nanti dan memberikan pandangan hadapan juga pada Disember nanti
5) ECB telah membincangkan kesan kadar faedah negatif dan membuat keputusan tidak berselindung bagi kesan kadar faedah negatif ini kepada bank-bank
6) ECB tidak mungkin akan menghentikan pakej rangsangan secara tiba-tiba dan mendadak
Ketika sidang media ECB berlangsung, semua pasangan mata wang Euro melonjak 50 hingga 100 pips sebelum turun semula dan melemah hingga ke saat ulasan ini ditulis
Wallahualam
COMMENTS