Ringkasan Super Thursday BOE 02/02/2017

Ringkasan Super Thursday BOE 02/02/2017

Malam semalam jam 8.00 waktu Malaysia, Bank of England, BOE telah membuat keputusan mengekalkan kadar asas faedah pada paras terendah dalam sejarah 0.

Malam semalam jam 8.00 waktu Malaysia, Bank of England, BOE telah membuat keputusan mengekalkan kadar asas faedah pada paras terendah dalam sejarah 0.25%. Kadar faedah ini telah diguna pakai sejak pemotongan 25 mata asas daripada 0.50% pada selepas mesyuarat pada 4 Ogos 2016. Undian ahli MPC adalah sebulat suara mengekalkan sahaja kadar faedah sehingga mesyuarat akan datang. BOE juga masih mengekalkan program pembelian aset pada kadar 435Billion Pound.

 

BOE telah menyemak unjuran KDNK bagi 2017 daripada 1.7% kepada 2.0%. Ramalan KDNK bagi 2018 pula diletakkan pada 2.1% sementara unjuran KDNK 2019 ditetapkan pada kadar 2.2%. BOE juga menjangkakan kadar inflasi akan lebih rendah sedikit pada 2 tahun mendatang berbanding data pada November lalu.

 

Secara umumnya sidang media gabenor BOE, Mark Carney adalah bernada neutral. Pasaran menjangkakan BOE sedikit Hawkish lalu berlaku jualan besar-besaran Pound Sterling berbanding majoriti mata wang dunia. Purata kejatuhan Pound adalah 150 hingga 200 pips semasa sidang media BOE berlaku.

 

Berikut merupakan sedikit ringkasan sidang media Gabenor BOE, Mark Carney

– peningkatan inflasi adalah sementara dan akan terhad. Ini disebabkan Pound yang lebih murah sejak referendum Brexit. Dalam jangka masa panjang dijangkakan kadar inflasi dijangkakan kukuh. (Nada Hawkish)

– pertumbuhan ekonomi yang kukuh tidak bermakna tiada risiko Brexit yang lebih menghala ke bawah. (Nada Dovish)

– langkah BOE seterusnya adalah bergantung kepada kadar perkembangan ekonomi UK. Perkembangan ekonomi yang positif, BOE akan mengetatkan polisi (Tapering). Manakala perkembangan ekonomi sangat perlahan atau negatif, BOE akan melonggarkan polisi (Easing). (Nada Neutral)

 

Buat pengetahuan umum sejak referendum Brexit, data demi data berkala makroekonomi daripada UK boleh dikatakan agak baik dan kadangkala mengejutkan. Namun begitu sentimen Hard Brexit yang menghantui Pound sentiasa menekan Pound untuk berada dalam tekanan dalam jualan. PM UK, Theresa May lebih gemar menggunakan istilah Clean Brexit berbanding  Hard Brexit.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: