Risiko Bearish Masih Tinggi, AUD/USD Kebuntuan Tanpa Hala Tuju Yang Jelas

Risiko Bearish Masih Tinggi, AUD/USD Kebuntuan Tanpa Hala Tuju Yang Jelas

Pasangan matawang AUD/USD hampir tidak mencatatkan sebarang perubahan pada hari ini, merekodkan 'high low' diantara 0.7198 dan 0.7165. Pembentukan

Pasangan matawang AUD/USD hampir tidak mencatatkan sebarang perubahan pada hari ini, merekodkan ‘high low’ diantara 0.7198 dan 0.7165.

Pembentukan doji pada carta harian AUD/USD semalam masih belum menunjukkan sebarang hala tuju yang jelas.

Permintaan dollar Aussie pada sesi Asia sedikit meningkat didorong oleh reaksi positif pasaran terhadap laporan pekerjaan Australia yang lebih baik.

Namun begitu, peningkatan gagal menembusi garisan Moving Average (MA) 200-hari di paras 0.7194 dan berundur mencari support sekitar harga 0.7164

Pullback yang berlaku mengejutkan para pelabur berikutan hasil bon 10-tahun Australia telah meningkat 4 mata asas selepas laporan pekerjaan dikeluarkan.

Tekanan penjualan walau bagaimanapun semakin melemah dan AUD/USD kini didagang sekitar 0.7185 setakat jam 3 petang.

Secara keseluruhan, potensi untuk momentum bearish kembali menguasai Aussie masih tinggi terutamanya selepas Jurnal Sekuriti China telah memansuhkan pemotongan kadar faedah PBoC.

Tindakan tersebut akan memberi tekanan kepada Rizab Bank Australia (RBA) untuk menurunkan kadar faedah mereka bagi menangani kelembapan ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: