Risiko Dagangan Euro Terlalu Tinggi, Dapatkah EUR/USD Bertahan Di Atas Support 1.1200?

Risiko Dagangan Euro Terlalu Tinggi, Dapatkah EUR/USD Bertahan Di Atas Support 1.1200?

Eropah telah mengeluarkan data makro terkini yang lebih baik, namun begitu penganalisis bimbang dengan isyarat-isyarat kelembapan yang lebih buruk di

Eropah telah mengeluarkan data makro terkini yang lebih baik, namun begitu penganalisis bimbang dengan isyarat-isyarat kelembapan yang lebih buruk di masa hadapan.

Hasil tinjauan ZEW menunjukkan keyakinan terhadap ekonomi Jerman telah jatuh ke angka yang negatif buat pertama kali sejak Oktober yang lalu dan keadaan ini akan lebih buruk jika sektor automotif Eropah turut dikenakan tarif yang baru.

Selepas mengumumkan penguatkuasaan tarif ke atas China, Trump mengalihkan fokus beliau kepada Eropah dan akan memutuskan sama ada akan meneruskan penambahan cukai import ke atas barangan auto dan kenderaan import pada 18 Mei hadapan atau sebaliknya.

Industri kenderaan Eropah yang bernilai $50 billion kini dalam keadaan berisiko tinggi jika Trump berkeras untuk menambahkan tarif tersebut.

Trump pada tiga bulan yang lepas telah pun dibentangkan satu laporan oleh Jabatan Perdagangan berkenaan penilaian tarif yang dilakukan berdasarkan faktor keselamatan negara.

Laporan tersebut telah menghadkan tempoh 90 hari untuk Trump membuat keputusan.

Walaupun beliau boleh untuk menangguhkannya yang mana diharapkan oleh Eropah dan dijangkakan oleh para pelabur, namun potensi untuk penambahan tarif 25% ke atas bahagian auto dan kenderaan import dilakukan dengan segera juga masih terbuka luas.

Secara keseluruhan, risiko terlalu tinggi sehingga mengakibatkan para pelabur euro mengurangkan pendedahan pelaburan mereka menjelang tarikh akhir tersebut.

EUR/USD telah susut dua hari berturut-turut, didagang sekitar paras terendah mingguan dan masih bertahan di atas support 1.1200 setakat jam 2.09 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: