imf-gerogieva

Risiko Kemelesetan Global Meningkat, Ketua IMF Gesa Tindakan Bersepadu Seluruh Dunia

Ketua IMF Kristalina Georgieva menggesa para penggubal dasar seluruh dunia untuk mengambil tindakan bersepadu untuk mengelak daripada “bahaya norma baharu”.

Risiko kemelesetan dilihat semakin meningkat berikutan ekonomi terpaksa berdepan dengan kejutan-kejutan berulang kali.

Dalam ucapannya menjelang mesyuarat tahunan minggu hadapan, pengarah urusan IMF itu berkata adalah penting untuk “menstabilkan ekonomi global dengan menangani cabaran-cabaran terhampir” termasuk inflasi yang sedang berleluasa.

Pembuat dasar perlu bertindak bersama untuk “mencegah tempoh kelemahan yang semakin meningkat ini daripada menjadi ‘norma baharu’ yang berbahaya,” kata Georgieva.

Bagaimanapun beliau memperingatkan bahawa proses untuk mencapai kestabilan itu menyeksakan. Hal ini kerana jika bank pusat bertidak terlalu agresif untuk mengurangkan tekanan harga, ia berisiko memicu kemerosotan ekonomi yang berpanjangan.

Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari lebih 180 negara akan berkumpul di Washington pada minggu hadapan untuk mesyuarat penuh pertama IMF dan Bank Dunia sejak 2019, sebelum pandemik Covid melanda dunia.

Berhadapan dengan “tinjauan global yang semakin merosot… risiko kemelesetan semakin meningkat,” kata Georgieva.

IMF juga dilaporkan merancang untuk sekali lagi menurunkan unjuran pertumbuhan 2023 untuk ekonomi dunia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *