asia

Risiko Kenaikan Tanpa Henti Dolar AS Tingkatkan Aliran Keluar Saham Negara Membangun Asia

Kenaikan tanpa henti dolar AS telah mengancam untuk mencetuskan lebih banyak aliran keluar saham bagi negara-negara membangun rantau Asia.

Situasi itu dilihat merosakkan harapan rantau itu membuat kemunculan semula pada separuh kedua tahun ini.

Alat yang digunakan bagi mengukur mata wang Asia telah merosot ke paras terendah dalam tempoh lebih dua tahun, satu petanda buruk bagi ekuiti memandangkan hubungan mereka yang kuhku dengan pergerakan dalam pertukaran asing.

Indeks MSCI Asia kecuali Jepun telah jatuh 20% apabila pelabur asing mengambil AS$71 bilion daripada pasaran saham di Asia dari negara yang sedang pesat membangun di luar China setakat tahun ini.

Jumlah aliran keluar itu telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2021.

Dolar telah berkembang pesat melalui pasaran mata wang global akhir-akhir ini, didorong oleh pertaruhan terhadap pengetatan dasar Federal Reserve yang lebih agresif.

Dolar AS yang lebih kukuh memberi petanda yang buruk bagi saham Asia berikutan petunjuk kepada keinginan risiko yang lebih rendah, sekali gus menjadi faktor yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi.

Hal ini kerana kebanyakkan negara membangun bergantung kepada import yang menggunakan mata wang dolar.

“Dolar semakin kukuh kerana terdapatnya penghindaran daripada risiko berbanding pertumbuhan” dan itu “bukan gabungan yang baik” untuk aset Asia, kata Zhikai Chen, ketua ekuiti Asia di BNP Paribas Asset Management.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *