Risk-Off Mood Tingkatkan Permintaan Emas

Risk-Off Mood Tingkatkan Permintaan Emas

Harga emas berjaya menutup semula kerugian yang telah jatuh akibat aliran masuk matawang USD yang terus meningkat pada dua sesi dagangan yang lalu.

Harga emas berjaya menutup semula kerugian yang telah jatuh akibat aliran masuk matawang USD yang terus meningkat pada dua sesi dagangan yang lalu.

Peningkatan USD didorong oleh ketidaktentuan politik Eropah yang dilihat akan memberi kesan euro dan juga pasaran global secara keseluruhannya.

Namun begitu, pergerakan USD kini stabil selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan perlaksanaan tariff barangan import China yang bernilai $50 billion di samping meneruskan sekatan pelaburan dan perdagangan dengan negara tembok besar tersebut.

Perubahan mood pasaran turut meningkatkan semula permintaan matawang Yen dan juga emas sebagai instrumen safe haven pada pertengahan sesi dagangan NY.

Sehingga jam 11.35 malam, pasaran niaga emas bagi bulan Jun di COMEX didagang pada harga $1,301.60 per auns, berjaya mengurangkan hampir $10 kerugian selepas jatuh ke paras terendah harian sekitar $1,292.20

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: