Risk-on Sentimen Memaksa Pasaran Emas Turun Menghampiri Paras Terendah 4-Bulan Yang Lalu

Risk-on Sentimen Memaksa Pasaran Emas Turun Menghampiri Paras Terendah 4-Bulan Yang Lalu

Harga emas masih didagang berhampiran zon terendah empat bulan yang lalu berikutan data ekonomi China yang lebih baik telah memulihkan permintaan ase

Harga emas masih didagang berhampiran zon terendah empat bulan yang lalu berikutan data ekonomi China yang lebih baik telah memulihkan permintaan aset-aset berisiko, menekan aliran masuk instrumen safe haven seperti emas.

Sehingga jam 9.40 malam, futures emas bagi bulan Jun di Comex NYMEX didagang sekitar $1,277.85 per auns, menghampiri paras terendah $1,272.20 yang direkodkan pada hari Selasa yang lalu.

China melaporkan peningkatan 6.4% pada GDP suku tahun pertama mereka, melebih jangkaan pasaran, mengukuhkan lagi keyakinan terhadap ekonomi China selepas melaporkan peningkatan pada output industri dan jualan runcit bulan Mac.

Kesemua angka-angka yang lebih termasuk peningkatan harga perumahan, eksport dan pertumbuhan kresit menunjukkan pemilik ekonomi kedua terbesar didunia sedang bertindak balas terhadap ransangan yang diumumkan oleh Beijing pada awal tahun lalu.

Kejatuhan harga emas walau bagaimanapun masih terhad apabila dollar kembali berundur ke zon negatif pada hari ini, mengurangkan nilai pegangan emas bagi pemilik matawang asing yang lain.

Dollar ditekan selepas Presiden Fed Chicago Charles Evans berkata beliau senang dengan kadar faedah yang ada sehingga musim gugur 2020.

Ramalan semasa bank pusat menunjukkan kadar faedah akan kekal sepanjang tahun ini, sekali gus menurunkan kos lepas bagi memegang emas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: