RM4.7b Diperuntukkan Kepada 4.3 Juta Penerima BSH Tahun Ini

RM4.7b Diperuntukkan Kepada 4.3 Juta Penerima BSH Tahun Ini

Kementerian Kewangan pada hari ini berkata Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada 4.3 juta rakyat pada tahun ini melibatkan peruntukan RM4.738 bilion. Me

Kementerian Kewangan pada hari ini berkata Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada 4.3 juta rakyat pada tahun ini melibatkan peruntukan RM4.738 bilion.

Menjawab persoalan di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri berkata kerajaan telah RM4.727 bilion kepada 3.857 orang pada tahun 2019.

Sebanyak RM523 juta telah diagihkan kepada orang Sarawak pada tahun lalu, melibatkan 443,000 isi rumah, sementara peruntukan berjumlah RM553 juta pada tahun 2020 dan akan disalurkan kepada 491,000 penerima, jelas beliau.

Pemberian BSH mensasarkan kumpulan B40 yang mana mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000 sebulan.

“Bantuan kebajikan ini diberikan kepada semua yang memenuhi syarat tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang politik,” tambahnya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: